Thursday, December 3, 2009

jujuran singkat hidupku...

Pagi itu nyaman...
Kenduri di rumah sebelah menenggelamkan jeritan ibu beranak tiga dalam kesakitan melahirkan putera laksamananya...anak ke-empat, putera ketiga. Seusai solat subuh, si suami bergegas menjemput ibunya yang juga seorang bidan, kerana isterinya sedang tertarung dengan maut untuk melahirkan puteranya. Seingatnya, hari khmis, 24 oktober 1985, dia terpaksa mengambil cuti menemani isterinya.
Pagi itu, putera yang cerah kulitnya, ikal rambutnya, telah berjanji dengan Tuhan semasa di alam roh untuk mentaati janji Tuhan. Lahir dengan tangisan, disambut laungan azan. Anak ini kecil kata nenek, moga besar jiwanya.
Membesar dia atas belakang kakak, lasak diperlakukan oleh abang-abang, dia tidak mengerti apa-apa. Seingatnya, tepi rumah dipenuhi ubi kayu. Memanjat belakang lembu, dijadikan kuda, jatuh, menangis, dan memanjat kembali. Tanah tepi sungai dijadikan peluru, bertempur bersama sepupu. Pokok mangga dan rambutan di depan rumah, dipanjat, bergayut, mengambil anak burung. Jatuh lagi, menangis lagi...tidak patah semangat, terus memanjat.
Hari berganti, adik perempuan dan adik lelakinya membesar bersama. Enam kesemuanya. Dua abang, satu kakak, bersama, membesar, dalam suka duka.
Berpisah dengan ayah, tiada apa-apa, kerana ayah selalu ada. Bermulanya hidup susah, tapi dia tidak mengerti apa-apa. Berjalan ke sekolah, jatuh dari basikal sepupu, dia lebih kuat, parut-parut mematangkannya.
Dari telaga ara, ke gunung, terus ke kuala Terengganu. Balik ke kota bharu, kembali ke gunung, akhir sementara di bangi. Perjalanan sejauh itu, tapi belum tamat. Memberinya sedikit ilmu, benyak pengalama hidup. Jatuh bangun, fizikal dan mental, perasaan dan jiwa, juga cinta.
Akhir zaman remaja, awal zaman dewasa, ilmu tak lengkap dan masih mencuba. Fahamkan diri, mencari yang hakiki, untuk berdiri menjadi pemimpin. Pemimpin untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama yang dicintai.
Cinta? Cinta datang dan pergi, tinggal guris-guris di hati. Hidup tidak selalu indah, jatuh bangun, gelap dan cerah, hitam pasti ada setelah putih terserlah. Pasti ada...hitam...bukan sekali tapi berulang. Kembali dan kembali...
Jatuh tersungkur, menyembah bumi, seperti Izrail cuba mencabut roh yang cuba bersembunyi. Sesekali terfikir, untuk menyerah, menyenangkan kerja Izrail. Terasa ingin mencium bau bumi, tempat asal lagi hakiki, ingin mendekati lahad, tempat menunggu untuk diadili.
Hanya kerana perempuan? Bukan kerana perempuan tapi kerana cinta kepada ALLAH, dia selitkan cinta itu bersama cinta sesama insan. Insan yang diimpikan untuk menemani dalam menempuh dunia, mencari bekalan untuk kesana...akhirat...tempat penamat.
Kali pertama, dia laungkan, ‘aku pulang tanpa dendam, ku salutkan kemenangan mu’...dia tidak mengerti, kenapa untuk kesekian kali, mesti ada lagi? Kenapa? Bukan jawapan yang dicari, tapi soalan yang diberi...kenapa perlu ada pertemuan jika akhiran perpisahan yang menanti...yang memaksa hati lebur, hancur seperti kaca berkecai di lantai,terus lebur di dalam relau jiwa dan tiada yang peduli. Sembunyi...ALLAH...ALLAH pasti mengerti. Ada rancangan yang pasti disembunyi...kerana DIA Maha Mengetahui...
Seksa itu cabaran, lara itu dugaan, semua itu ujian...dia yakinkan diri, pasti ada ganjaran. Adakah ganjaran yang diimpikan? Atau sekadar untuk memujuk hati yang lara dimakan seksa?
dan aku pasti semua ini akan bersambung...
dan terus bersambung...
selagi hayat masih ada,
selagi nadi-nadi masih berdenyut,
selagi izrail belum memanggil.
selagi itu kisah hidupku akan bersambung
dan aku akan terus berlakon dan memegang watak,
dalam cerita yang ditentukan Tuhan
seperti yang telah tercatat dalam luh-mahfuz

bila rindu berhenti berzikir...

Cerita sebelum pertemuan dan cerita selepas pertemuan adalah berbeza,
Bermacam-macam...
Cerita selepas pertemuan dan cerita sebelum perpisahan juga pelbagai...
Ada yang bahagia, ada yang derita...
Jika cinta dan kasih sayang itu manis, ia adalah kebahagiaan...
Tapi sekiranya cinta dan kasih sayang itu pahit...
Adakah ia sebuah duka?
Satu derita?

Namun, hakikatnya, apakah yang lebih indah daripada cinta suci?
Apakah yang lebih mulia daripada pengorbanan murni?
Aku juga pernah berkorban...
Telah berkorban...
Sedang berkorban...
Dan akan terus berkorban...

Dan dengan itu, aku ingin memberitahu dunia, bahawa sesunggunya...
Cinta suci-NYAlah yang wajib kita cari...

Bersatu atau tidak, cinta tiada akhiran...
Ia mendatangkan dua rasa, suka atau duka...

Aku cinta padamu...
Betapapun engkau bukan milikku...

Sunday, November 15, 2009

Untuk pemburu ilmu (para pelajarku)

Setiap tuturku, setiap titisan air liurku yang membasahi muka mu,
Anggap itu sebagai cabaran untuk setiap daripada kamu terus maju.
Maju dalam meniti liku hidup, cabaran sijil yang akan mencorak masa depan mu.
Telah ku halalkan setia bait-bait ilmu yang pernah terluah, yang pernah dikongsi…
Setiap sujudku, tak pernah ku lupa untuk memanjatkan doa hingga ke langit ketujuh…
Agar hidupmu, bahagia dan berbunga dengan kejayaan…lebih jaya dari hidupku…
Agar nanti kita akan bertemu di sebuah taman hijau yang menjanjikan kebahagiaan.
Selamat berjaya dalam medang perang SPM mu…untuk mu…setiap pelajarku…

Friday, November 13, 2009

aku hilang wanita ku...

hilang semua dalam sekelip mata...
semua...
bukan separuh tapi seluruh jiwaku pergi...
pergi untuk tidak kembali dan terbiar aku sendiri...
sendiri...
hingga rindu berzikir sepi...
sepi...

Thursday, November 5, 2009

pujian untuk A. Samad Said...

"Segala yang dihasrat,
tapi tak didapat,
adalah nikmat yang paling padat..."

kata penulis yang sarat dengan ilmu Tuhan itu,
kadang-kala kegagalan untuk mendapatkan sesuatu,
semacam memberi rasa nikmat...
aku cuba selam, apa yang mendatangkan nikmat yang dimaksudkan itu.
aku mencari...masih mencari dan akan terus mencari!
aku harap aku akan ketemu nikmat itu,
nikmat kehilangan, nikmat ketidakdapatan...

Friday, October 30, 2009

3 wanita dalam hidup seorang lelaki

Sebagai lelaki, wanita adalah pelengkap hidup…kepada wanitalah lelaki memangil ibu, isteri, putri, kakak dan adik. Sejarah wanita bermula apabila hawa dijadikan daripada rusuk Adam…bukan daripada kepala untuk dijungjung, bukanpuladaripada kaki untuk dijadikan alas, tapi dari rusuk, dekat dengan lengan untuk dilindungi, hampir dengan hati untuk dicintai, apabila dijadikan hawa, maka hidup adam telah lengkap. Sebelum ini adam gundah dan resah walaupun hidup di dalam syurga yang ada segala-galanya, sampaikan ALLAH bertanya kepada Adam apa yang tidak cukup di syurga sampaikan masih mencari-cari dan hawa lah jawapanya…

namum wanita bagaimanakah yang mampu membahagiakan lelaki? Sepeti yang diajukan diatas, lelaki memerlukan seorang kawan daripada golongan wanita, seorang kekasih dan seorang isteri…namun tamakkah lelaki apabila mahukan kesemua; sahabat, kekasih dan isteri pada waktu yang serentak?

Jangan mengelabah wahai wanita…dengar dulu penjelasan kepada setiap persoalan…aku hanya mencari redha dalam cinta yang dikurnia oleh-NYA…untuk belayar lurus dalam rukun yang telah disampaikan melalui nabi-NYA…aku inginkan seorang isteri yang cerdik solehah…mampu menjadi kekasih sepanjang hayatku…yang juga mampu menjelma sebagai sahabat menemani dalam liku setiap hidupku…aku mahu 3 wanita dalam hidupku…isteri, kekasih, sahabat…semoga ALLAH yang maha pemurah meghamparkan rezeki yang luas terbentang dihadapakanku…dan semoga aku berkesempatan menghirup udara hidup yang menari di bawah payungan ILAHI…

apabila rindu berzikir

Zikir Rindu…
CINTA itu bagaikan cahaya,
Bersih murni, lurus mulus. Lembut dan seni.
Malangnya, tak teraba dalam rasa. Tak terucap dalam nikmat.
Tak nampak dalam melihat. Ragu dalam percaya, rajuk menguji rindu.
Ia halimunan diantara jaga dalam tidur.
Sepertiga malam tenggelam dalam zauq, dalam kenikmatan.
Dunia cinta adalah halimunan. Dataran kasih tempat permainan.
Bertemu dalam suara, berjumpa dalam rasa,
Mengamit kenangan, mengganti cumbuan.
Cinta kasih adalah keinginan untuk memberikan,
Bukan keinginan untuk meminta atau mendapatkan.
Dan kerana itu…
aku menyiram kasih kepada isteri yang luluh hidupnya,
Dan kepada kekasih yang bersinar cintanya,
Dan kepada wanita yang sejati sayangnya…
Aku persembahakan zikir rindu ini kepada mu,
Demi kesabaran melayan kerenahku.
Demi kesejukan kasih kau curahkan ketika aku terbakar oleh amarahku.
Demi kesopanan mu yang menjaga maruahku.
Semoga hidup ini dinanti oleh bahagia di hadapan,
Harapkan muncul kenikmatan,
Yang akan menghadiahkan cinta bersinar di sisi Tuhan.