Thursday, July 29, 2010

sesaat

berhenti sementara
untuk menghirup tiupan nafas sang alam
yang dibekalkan Tuhan agar kita terus berjalan, beribadat kepadaNYA sebetulnya...
tersungkur, jatuh dan cuba bangkit dan telah aku tinggalkan segala,
dan mereka tengah merasa betapa susah...biarkan...mereka perlu diajar kekadang.
dan aku percaya, ALLAH sentiasa ada ketika kita berharap.
dan aku sedang mencari kembali cintaNYA...
DIA tidak pernah tinggalkan aku, malah aku yang alpa,
dan sekarang, aku mahu pulang wahai Tuhan,
mahu pulang semula kejalanMu...
tunjukkan aku cahaya wahai Tuhan yang maha pengasih...
Tuhan yang maha pemurah dan Tuhan yang maha pengampun...
ampuni aku ya ALLAH...ampuni aku...

Wednesday, July 28, 2010

Tuhan...

Bila ku tersungkur..Jangan pernah Tuhan Kau biarkan aku sendiri..

aku mahu jujur pada diri sendiri. aku ingin terusi kejujuran ini walau aku tahu pahit itu akan terasa di mana-mana. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan ini agar rasa pahit itu mampu menjadi madu.


aku katakan pada diri, andai itu telah ditetapkan untuk kebaikan aku, maka Dia akan mudahkan jalan ini. Tetapi Ya Allah, semakin aku menuju untuk itu, makin terasa susahnya lorong terpilih ini. Atau mungkin sahaja aku tidak cukup kuat mengharung dugaan, kerana hujungnya pun aku tidak pasti bagaimana.


akumemilih untuk mengikut arus. aku berdoa..aku berharap dan tidak takut untuk terus mencintaiNYA. Ini bukan ‘perjudian’. Walau yang buruk datang, aku mahu katakan Dia sedang menguji hambaNya. Andai yang baik tiba, aku minta Dia terus berikan aku kekuatan menjadi hambaNya yang tahu erti bersyukur.

peringatan untuk diri dan semua...

aku tersekat di pertengahan...kini aku cuba untuk melepaskan segala, agar mereka sedar...agar aku sedar...


daripada Imam Hasan al-Banna.

"Jauhkan daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai mereka dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik".

Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam, khasnya para da'ie agar menjaga lidah dan semua ini boleh dilakukan dengan meneropong kesilapan dan kelemahan diri mereka sendiri.

it's not easy.

i got a letter, but full with mistake, it's not my name on the paper, not mi ID numbers, not me...but i know that letter is mean for me. aku terima semuanya walau ia akan bawa aku lebih jauh ke hujung sana, klebih jauh daripada keluarga dan makin banyak perkara yang akan berlaku dan makin banyak liku yang menunggu...tapi aku redha...dengan ketentuaNYA...

Monday, July 26, 2010

aku redha dgn ketentuanNYA

ya Allah, aku pasrah, aku redha dan aku terima segalanya, aku telan setiap ujianMu wahai Tuhan yang maha agung. kerana aku tahu pasti ada hikmah disebalik setiap ujianMu. dan aku berharap agar kau sentiasa lindungi aku dan memberi petunjuk kepada ku agar aku tidak tersesat dijalan lurusMu...

Sunday, July 25, 2010

takkan berhenti berharap

Ya ALLAH, Engkau lindungilah aku, kekalkan aku dengan limpahan iman, agar aku tabah menghadapi dugaan, agar tidak ku berhenti dipertengahan...

Thursday, July 22, 2010

Allah...bantulah aku,hambamu yang lemah.

Ku sangka ia sudah habis, namun ia tetap lagi ada. Dugaan Allah sentiasa ada. Bukan mengeluh, bukan merintih cuma perlukan ruang untuk bebaskan rasa yang sentiasa pedih. Aku telah melakukan kesilapan wahai Tuhan sekelian alam. Dan aku tersesat dari dari jalan lurusMu. Terlepas gigitan dari taliMu dan aku terjatuh, cuba bangkit namun hentaman dari mereka yang dengki dan membenci terus menujah ke dalam dada. Bukan teguran atau huluran tangan untuk membimbing kesilapan tapi pulauan dan lontoran tomohan dan fitnah yang terus dihunus lalu tergelam ke dasar lubuk hati dan terus menghiris hati yang telah lama terluka dan tidak mahu sembuh. Ya Allah, berilah aku setitis kekuatan agar mampu aku tukarkan kepada selautan kesabaran untuk terus dijalan lurusMu dan teguh dalam menghadapi dugaanMu ini. Aku sedar Kau tidak zalim, tidak akan menguji hambaMu ini dengan dugaan yang aku tidak dapat tanggung, tapi ujian ini amat berat untuk aku pikul dan aku akan terus pikul kerana aku tahu ini adalah rahmatMu kerana Kau mencintai aku dan ingin mengingatkan aku dan agar tidak terus alpa. Dan kerana ini aku tidak akan sesekali takut untuk mencintaiMu kerana aku tahu Kau wahai Tuhan yang Maha Pengasih akan terus ada dalam setiap hembusan nafasku, dalam setiap denyutan nadiku dan dalam setiap dengupan jantungku...Kau sentiasa ada ya ALLAH...aku amat perlukanMu.

wahai Allah...kepada Mu aku memohon...

Semoga Allah memberi laktnat kepada mereka yang memburu-burukkan aku, membuat dan menambah-nambahkan cerita tentang aku dan bercakap tentang keburukkan aku dan mengaibkan aku sedangkan mereka tahu Allah melarang perbuatan mereka itu...

Wednesday, July 21, 2010

perjalanan

Terlalu jauh perjalanan ini, terasa kekadang tidak mampu lagi untuk ditempuh. Maha hebat dugaan Allah. Tapi aku terus ingatkan diri, “Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi…”dah kerana itu, aku mencari pelangi , bukan...aku bukan mencari tapi berlari mengejar pelangi. Dah pasti, hidup ini akan dirahmati nanti. Ya Allah, kuatkan hamba mu yang lemah ini, agar aku bisa berdiri untuk aku tempuh setiap dugaan yang Engkau hadiahkan dan aku tahu, Kau pasti berikan kesenangan setelah hilang kesempitan nanti dan ini adalah sebagai balasan dunia atas segala kesilapan yang telah aku lalukan dan kealpaan dalam mengigatiMu wahai Tuhan sekelian alam...

if you wish

I cannot put into words, but it must have begun when I first saw you

I’ve know that you’d come to break my heart, a love that doesn’t surprise much

A love that doesn’t get my heart racing, nor break my heart

A love that complains of boredom occasionally, although this kind of love is ordinary

Do you know that I want to experience it? As it makes me hate you when you ignore me

I don’t want to continue but you already know I can’t live without you

Because I don’t want to burden you, even now I stay by your side with sadness

You want to say some others thing but, what if I were to tell you firs that I loved you?

I wonder what kind of expression you’ll have then, only with verbal y expressible love

Would you comprehend my heart?

If you wish...

Tuesday, July 20, 2010

tak sengaja

tak sengaja terjumpa dan terbaca...dan terus tak sangka. rupanya aku dikedua telah lama.
rupanya dia dan lelakinya telah lama bersua walaupun aku tidak tahu sama ada secara fizikal, tapi yang nyata secara maya mereka telah lama bersama, semasa aku masih lagi mengikis sisa-sisa cinta yangh masih ada.
apa yang dipinta, sebolehnya aku tidak akan hampakan, sampaikan aku sendiri tidak mengikut apa yang aku hendak, tidak dapatkan apa yang aku perlu semata agar dia dapat segala, seluruh jiwa raga dan cinta yang masih ada kerana aku ingin membuktikan betapa aku cinta, namum sungguh tidak sangka kerana mereka atau dia sebetulnya sanggup membuatka aku terkedu dengan apa yang berlaku.
aku dicaci, dihina oleh rakan-rakan, membiarkan mereka yang mengejar aku kelemasan kerana aku kejar dia kehujung dunia, untuk bersama dengan dia. aku tinggalkan segala dan aku berpegang pada setiap janji yang aku ucap kerana aku ikhlas untuk bersama. namum aku tewas akhirnya, dia sudah lama berkenalan dengan lelakinya.
dan dia menutup apa yang berlaku dengan mengatakan aku yang bersalah, hanya memberi awan yang tidak bergalah. aku buruk dan busuk dimata teman dan dia gembira dan membina keluarga bersama orang pilihanya...mana janji yang dia akan tunggu aku dan ingin pergi bersama ku andai ada sesuatu yang berlaku?
wahai lelaki, berhatilah...kerana mereka ada mata yang berkaca yang mampu membuatkan kita buta yang penuh kejam dan sengsara.walaupun bukan kesemua mereka, aku cuba bangkit, dan kau boleh pergi, tapi kembalikan maruahku, kembalikan hidupku, kembalikan rakan-rakanku...bersihkan dan sucikan kembali namaku...andai jika kau tidak ingin ketemu di sana nanti...ketika kau meniti titian abadi....bukan membenci tapi terlalu sakit ...kembalikan!

Monday, July 19, 2010

hari ini

keletihan dan sejuk menyegat kulit hingga ke tulang, leher letih dan lenguh bagai diikat dengan ratusan batang kayu. terasa berat dan seperti tidak mampu tertanggung. tapi aku gagahkan diri agar tetap berdiri walau tidak tegap dan masih mengharap cinta ILAHI...kepadaMU aku sujud.

Sunday, July 18, 2010

lesu

langkahku longlai,
jiwa terlalu rapuh, tak utuh.
mencari sesuatu damai yang telah lama hilang.
andai aku tahu jalan pulang.
bimbinglah aki wahai Tuhan yang Maha Penyayang...
hanya kepada MU aku sujud menyembah...

Thursday, July 15, 2010

sentiasa tak tenang

hilang, tak tahu kemana nak pergi.
tak mampu nak humbangkan muka.
terasa pedih, aku tak tenang.
ingin kembali kepada Tuhan...

Wednesday, July 14, 2010

tak mampu

terasa keawangan dalam diam...
tak mampu untuk bernafas, seperti tenggelam dalam lumpur dan ditimpa batu di waktu zuhur.perit mentari di atas, lemas mengelumpar lumpur di bawah, berat tak terdaya batu dianggkat...mereka ketawa, menyindir, terasa tak mampu untuk berdiri dan mencari jalan pulang. jalan semakin kelam dan hanya mengharap cahaya Tuhan. hanya padaMU aku berlutut meminta simpati, agar hapuskan dosa aku dan bimbingla aku ke jalanMU ya ALLAH...

Tuesday, July 13, 2010

saat ini

Rumit, bercelaru dan serabut. Andai boleh diluah atau digambarkan, pasti tiada yang sanggup untuk memikul apatah lagi merasa bersama. Cuma ada sisa-sisa teman yang masih bersama dan aku bersyukur. Yang lain hanya mengata dan mencerca. Mereka berlagak dan menyindir, namun aku sabar, agar tidak cemar. Aku jelujurkan biar kemas dan aku hanya berdoa agar ALLAH tunjukkan jalan dan mengampunkan dosa-dosa aku. Ini adalah peringatan daripada Tuhan, agar aku tidak alpa dan tengelam dalam noda dan ini juga pembuka mata, untuk memilih teman yang akan sentiasa ada, bersama...senang mahupun ketika susah tengelam...

Monday, July 12, 2010

mungkin sudah terlalu lama aku melupakanNYA...dan kerana itu, DIA menguji aku, agar aku tidak terus alpa. rezeki dan kesenangan yang diberiNYA membuatkan aku lupa seketika, lupa kepada mereka yang di bawah dan lupa kepada DIA dan kekasihNYA...dan kerana itu, sedikit ujian akan membuatkan aku terjaga dan kembali kepada jalanNYA...terima kasih ya ALLAH...kepada ujianMU ini. dan aku memohon kepadaMU, dengan menadah tangan hinaku ini, kuatkan semangat ku, berikan aku kekuatan dan petunjuk kepada jalan yang lurus, agar aku mampu tempuh ujianMU ini. dan kembali kepada jalan yang lurus...siratulmustakim...lindungilah aku wahai KHALID ku... selawat yang sempurna, dan salam sepenuhnya ke atas Nabi MUHAMMAD saw, dan denganya, terlerai segala ikatan , dan terlepas denganya segala kesulitan dan kesusahan, dan terlaksana denganya segala hajat dan tercapai denganya segala keinginan dan kehendak dan sebaik-baik penamat atau kesudahan dan disirami dan dengan awan yang mulia ke atas keluarganya dan para sahabatnya, pada setiap masa, dan setiap ketika, setiap hembusan nafas dan setiap denyutan nadi dan segala bilangan yang ada dalam pengetahuanNYA...
kekadang terputus, kekadang hilang cahaya. dulu semua putih mulus, berseri bak dhia pagi, hangat dan nikmat.tapi kehilangan juga memberi nikmat, tapi mereka yang cukup kuat...setidaknya. bagi aku, tiada nikmat kehilangan, namun tetap mencari, agar jumpa yang abadi...

pak samad..."apa yang paling kita hendak,
tapi tak didapat, memberikan nikmat yang paling padat..."

Sunday, July 11, 2010

bangsat kah aku nur?

Aku percaya tapi akhirnya aku kecewa. Aku anggap kau mulia, sesuci embun pagi yang bersih mulus. Ternyata kau panas, membara dan terus membakar. Sampai aku hilang semua, aku fakir jiwa. Kau busukkan nama aku, dan teman-teman semua anggap begitu, dengan air mata mu, kau kaburkan mata mereka hingga aku terlalu jahat, terlalu hitam untuk dilihat. Pada hakikatnya, kau duakan aku semasa kita masih bersama, kau duakan aku ketika aku hadiahkan kasih sayang aku sepenuh jiwa. Ketika aku jaga kau seluruhnya. Bangsat juga yang terpalit dimuka. Puaskah hati kau? Kau rampas semua hingga titis-titis terakhir bagia ku...puaskah hati kau? Kau hirup bahagia, kau nikmat segala. Kau humban aku ke lubang neraka. Puaskah hati kau? Tentunya kau puas, melihat isi-isi derita ku, merasa darah-darah luka ku...meram pas segala, jiwa raga, cinta, kawan dan keluarga...PUASKAH HATI KAU?

tiada penjelasan

Langkah ku longlai, hilang semua arah. Pernah dulu kami bertengkar,gong itu satu perkataan manja. Bergaduh, mencerca, bagai satu rempah agar ia sentiasa hangat, namun semua berubah. Mendung datang walau kita sering mengharapkan sinar. Lalu aku putuskan agar kau belayar sendiri kerana aku tahu diakhir perjalanan kau nanti, kau akan ketemu sinar yang akan sentiasa mebuatkan kau hangat dah bahagia, setidaknya kau takkan tersiksa. Aku tahu aku kejam dan aku tidak ada penjelasan, tapi percayalah, kau akan bahagia...diakhirnya...

i see you

You will never come back to me, and you can’t do it,

Please stop doing so, you comfort me like this,

If i can’t see you again, really want to forget all about you that hold me.

Whenever i want to laugh, you make me cry,

You keep me from doing even one thing as i want,

Whenever i miss you, i break down like this.

Even though i try to forget, i cannot do it...

I didn’t realize loving one is hard like this.

Thursday, July 8, 2010

remember

I’m once again meeting the life i forgot and passed, Along with the tears, i forgot and passed for a moment,

I have a dream that’s too happy, The dream of you that i can’t achieve,

Do i have to forget it all? Even if my heart goes through with it,

I am incapable of forgetting you, I’m earnestly hoping for me to lose all the memories of my life,

Even if i’m alone now, i’m not alone,

Now even you are not here, i can feel you even as i’m breathing, you push into my heart.

You’re living in my heart. Do i have to forget it all?

Although i’m always throwing it away, When i re-open my eyes, you’re rising in me,

I’m more earnest hoping that i will lose all the memories of my life...