Tuesday, December 28, 2010

malam ini hujan haifa

malam bertemankan bintang dan siang pula dilitupi awan.
dingin membeku oleh hablur salji,
di sini pula bertemankan hujan yang semakin galak,
hingga meninggalkan bintang-bintang semalam.
burung pipit tidak lagi menyanyi kerana kehabisan padi.
namun tetap perlu mencari rezeki.
tulang hitam mula diselimuti kedinginan,
sediginnya hati.

Friday, December 24, 2010

mencari semalam

semalam terlalu indah,
tidak ingin aku bangkit walau sesat.
andai aku bisa putarkan pagi ini kepada semalam
pasti aku terus menahan semalam untuk melewati pagi ini!

rindu dan air mata

saling melengkapi dan saling menemani.
semua mengikut dengan jujur sejarah yang telah direncana.
dan malam ini rindu itu bergema lagi.
mengetuk pintu hati yang tidak pernah berhenti menangis sejak hari itu.
dan berlabuhlah cinta mu di muara semenanjung,
cinta itu milik mu.

Wednesday, December 22, 2010

burung sita dan ayam-ayam

November dan disember berlari bersama hujan juga bersama burung sita dan ayam-ayam. Si mata merah galak bermain dicelah-celah renek pepohon dan si coklat gembira di sawah. Agak lama aku tidak mengejar sita dan menari bersama pacat. Pagi itu aku turun lagi sebagai anak kecil yang mengejar si mata merah bersama mereka yang bergelar ayah. Bersama membuat bising dan pohon-pohon renek dilibas-libas untuk menghalau sita yang bersembunyi masuk ke bubu yang telah diletak dihujung semak sana. Seekor terbang cuba lari dan terus aku terkam seperti menerkam bola yang yang cuba membolosi gawang. Ada lagi bakat lama yang belum padam. Semua qiam, menanti aku membuka genggam dan seekor mata merah menjerit dan mengigit jari aku dan sedikit berdarah namun aku puas. Pagi itu, 7 ekor sita berjaya aku peroleh. Petangnya membonceng motor bersama ayah ke sawah. Aku galas senapang patah bersama peluru bersaiz 12. Membidik ayam-ayam yang terbang rendah apabila disergah. Pulang bergalas 5 ekor ayam-ayam untuk menari bersama sita nanti. Kenangan cukup indah andai dapat dikongsi.

Tuesday, December 21, 2010

cinta itu, cerita ini.

Aku tidak pernah menyesal walau sekelumit, tidak pernah menyesal walau dibenci, tidak pernah kesal walau dicaci, semua kerana cintaku tulus terhadapmu. Tidak pernah bermain dengan cintamu walau ramai yang aggap begitu. Saat, minit,jam,hari,minggu,bulan dan tahun bersamamu adalah yang terindah dalam hidupku. Pengalaman yang cukup mewah yang tidak lagi mampu untuk aku miliki. Yang terindah walau sakit dihujung. Dan tiada sesal hingga akhiran. Tiada yang mampu melayan,mencintai dan membahagiakan aku sepuasku sepertimu. Hilang mu tiada yang mampu untuk mengganti walau sebesar hujung jari. Andai kau faham dan mereka faham dengan apa yang terjadi dan apa yang wajib aku jalani dimana jalan yang aku lalui tiada yang tidak berduri pasti semua yang telah terjadi takkan terjadi. Dan aku mengaku khilafku terhadapmu. Untuk itu tiada maaf bagi ku. Kerana terlalu mengejar bayang semalam ku...dan mungkin kerana sifat ku yang terus mengejar semalam ku, hingga kini aku mengejarmu dan melupakan hari ini. Bertemankan bulan sabit bersama bintang selepas hujan, di pangkir bonda aku merenung, andai dapat ku betulkan semuanya namun Tuhan lebih tahu kerana Dia yang merencana. Hanya berdoa agar kita akan bersama di sana andai kau juga sudi berdoa...demi ALLAH, Tuhan muhammad bin abdullah dan umatnya, aku mencintai mu sepenuh jiwa, dari tawa pertama hingga air mata akhirnya...