Wednesday, June 30, 2010

bukan senang ingin membetulkan

dan bukan senang ingin mengubah,
dengan apa yang mereka kata,
apa lagi yang mereka fikirkan.
kerana diantara mereka ada dua bibir yang tidak pernah dikunci,
malah sentiasa dahaga untuk mercakap dan disumbati.
aku mesti kuat meskipun sakit hati,
kerana aku belajar daripada jalan yang orang tidak mahu lewati...

Tuesday, June 29, 2010

tenangkan diri

aku banyak membaca tentang sabar dari pak shahnon,
menyelusuri butir-butir katanya yang dicedok daripada AL-Quran.
dan untuk itu, aku cuba tenangkan diri.
aku tahu mereka takut untuk bertanya, apatah lagi bersuara ketika aku ada.
pelbagai cerita kini sudah senyap seketika kerana aku ada.
namun ia takkan sunyi selagi ada mulut yang berbunyi.

Monday, June 28, 2010

aku gagahkan kaki

aku gagahkan kaki bersama kayu di sisi...
sentiasa berdoa agar tiada yang buruk akanj terjadi.
semoga ALLAH lindungi aku ini.

Sunday, June 27, 2010

it's never end

bukan mudah, xpernah mudah. aku cuba buka simpulan tapi makin kuat ikatan itu. setiap langkah tidak pernah mudah dan aku rasa seperti semakin mengalah.

Thursday, June 24, 2010

aku hilang...

hilang segalanya yang aku punya.
aku terlalu muda untuk hadapi semua ini.
jiwa aku terlalu rapuh, tak mampu untuk aku tempuh.
tulang belulang aku tidak utuh untuk aku terus berdiri dengan rintangan yang membuatkan hati ini sentiasa tidak tenang. tiada siapa yang mengerti jiwa ini yang sedang menjerit, merintih...aku mati, aku telah lama mati di dalam dan sekarang mereka cuba membunuh aku secara luaran...
mampukah aku wahai Tuhan?
mampukah aku tempuh setiap halangan
dan ujian getir Mu ini?
jiwa aku terlalu rapuh.
adakah ini ujian yang harus aku tempuh untuk menjadi matang dalam dunia yang penuh cabaran?

Wednesday, June 23, 2010

Ya ALLAH...

aku sesak...tak mampu bernafas. hilang semua arah. kenapa begitu berat ujianMU kali ini wahai Tuhan pemilik alam? aku sujud, aku ru'kuk kepada MU, tapi masih tak nampak jalan MU. adakah Kau telah hilangkan siratalmustaqim Mu dari ku? hamba Mu yang kerdil lagi lemah. aku tahu aku banyak berdosa dengan Mu, dan ujian ini terlalu pahit untuk aku telan. terasa seperti dicekik Izrail...ampunkan aku wahai Khaliq ku...ampunkan aku.

maafkan aku

maafkan aku kerana...

aku tak mampu melihat kau menderita,
tapi aku juga tidak mampu untuk memberikan kau bahagia,
kerana kita datang dari dunia yang berbeza.

Tuesday, June 22, 2010

to nur7

i'm sorry...but sometimes i really need your words like the old days when i face something that i can't handle. i need your supports. i'm totally lost...can't find my path...o God...embrace me with Your love. i'm lost in Your test...can't find my way back.

Monday, June 21, 2010

...

o here will i set up my everlasting rest,
and shake the yoke of inauspicious stars from this world-wearing flesh,
eyes-look your last,
arms-take your last embrace!
and lips-o you the doors of breath,
seal with righteous kiss a dateless barging
to engrossing death!

tangisan dalam tawa...

tiba-tiba aku teringat lagu "hati yang kau sakiti"...sedih lak.hurm.ku menangis,harus selalu kau tahu, akulah hati yang kau sakiti...adus...sakit...arghhh.huhu
selalu juga aku menyanyi, lagu here without you...Everything I know and anywhere I go
It gets hard but it won't take away my love
And when the last one falls, when it's all said and done
It gets hard but it won't take away my love...
mengapa aku masih tidak berganjak? mengapa harus aku disini sedangkan aku tahu semua yang telah berlalu tidak akan kembali?
aku degil, tidak pernah memberi ruang untuk diri sendiri. aku tamak, tidak ingin melepaskan yang hendak pergi.
sedangkan yang sudah biarkan sudah.
yang berlalu biarkan berlalu...aku mesti terus menuju...tapi jalan penuh berliku.
ALLAH pasti menguji jika aku terus alpa...tapi aku ini insan wahai Tuhan...yang selalu terlupa. dan cara Engkau menegur kekadang terlalu keras sehingga aku terus tersungkur!
maafkan aku Tuhan...ampuni hamba Mu yang lemah...

ape yang berlaku?

Monday morning...about 9.20 am...at hayaki cafe. sitting on the chair by myself. keep asking why?...why this happened to me? and for that questions, i answer it myself...ALLAH ingin menguji aku agar aku tidak melupakanNYA...mungkin sudah terlalu lama Dia tidak menguji aku dan aku sudah bertambah alpa. those answer that i keep telling myself. untuk memujuk hati yang resah gelisah...aku akan terus di sini...

Sunday, June 20, 2010

my fairlady

My fairlady...
I dreamed of a fairlady, who are a beast. I want her so bad like west to the east. To touch her...at her lips, her warm body... to feel her, to get inside her and drive her until we reach our climates.
Every time I saw her on the road with other man, I feel so jealous. Keep asking myself why I not the lucky man who get the fairlady?
Her figures make me crazy and I know every man who saw her lost their mind as I am. Her lips are so damm sexy. I want to kiss those sexy lips, I want to touch her upper body, want to feel her energy. I want to poke her hump like she never feels before...
And for those...I want to shift the future with the fairlady...nissan fairlady...

huh...cobaan....

cobaan tol la...xhabis2 datang...ini ujian daripada Tuhan, untuk hambanya yang sentiasa alpa...moga2 aku cepat tersedar daripada mimpi ngeri yang penuh duri ini.
kuatkan semangat...kau mampu menepuh asalkan kau tegar delam ujian yang ditempuh.
kuatkah aku?
mampukah aku?
aku sendiri pun tak tahu...

Thursday, June 3, 2010

headache...

sakit kepala...
berdeyut2 kepala aku...ingin meletup tapi tak mampu. tangan terketar-ketar ingin menampar...menampar mereka yang lapar. lapar kepada pergaduhan.

Wednesday, June 2, 2010

cabaran mula datang...

aku tidak tahu sama ada patut atau tidak aku menulis semua ini...tapi semua telah mula berbuku, membuatkan aku sakit. ketika aku mula hadir, aku tidak mengenali SYP2, tidak tahu akan selok beloknya, tapi aku cepat belajar, belajar untuk berjalan bersama. aku diam di asrama, agar tidak terlalu letih berulang alik. perjalanan sebih sejam memenatkan mata, otak dan semuanya. tidak bergaji, berduit apatah lagi...menumpang makan bersama pelajar...dan kerana aku ini melayu yang tahu adat sopan, aku berpegang kepada pepatah, orang berbudi, kita berbahasa. aku menolong tuan kantin kadang-kadang ketika dia kesempitan. dia melayan aku dengan amat baik, seperti adik sendiri. tapi ada mata yang memandang, ada mulut yang bercakap...tidak berpuas hati dengan apa yang aku dapat...dileparkan fitnah yang aku sendiri tidak buat. memang aku mengaku, statusnya...kerana statusnya, meraka membuat angkara. kerana ada yang berkenan tetapi tidak dilayannya...kerana keakraban aku dan mereka...ada yang mula berbicara...menabur fitnah kepada perempuan yang mulia...maafkan aku kakak...akan ku cuba jernihkan semua, walau aku sendiri terpaksa tanggung akibatnya...agar jalan mu tidak terus berliku...

Tuesday, June 1, 2010

selepas aku jadi cikgu...

dulu kite nakal...sampi saidi pening kepala...bila dia marah, kite lempar mercun depan rumah. syukri dah tak tau nak buat ape...dikejar-kejar tak dapat...saiful pula terus cool aje...huh...semua memberontak. Shocked

sekarang aku jadi cikgu...baru aku rasa...ape yang cikgu saidi, cikgu syukri, cikgu saiful rasa...sakit hati dan kepala.. Crying or Very Sad

kepada kaza, kau pun cikgu juga...dah ke kau rasa? Crying or Very Sad

it's not easy to be the man who has to build the future generations. it;s not easy, i tell you...
dan kepada mereka...semua guru...sekarang aku mengerti...walau tidak memahami...

kerana kita guru...kita cikgu...

the return of the che

I use to be the che... who can finish a box of cigars in half of day.

Aku tak mahu menjadi seperti aku yang dulu namun kadang-kadang aku tak mampu...

Sudah lama aku tinggalkan si kotak merah, unta without filters dan pernah merasa bertuah

Si hijau menjadi peneman ketika bersama teman, menonton bola sambil ketawa dan menyumpah...

Soft packed yang selalu aku upah. Selalu juga aku menyedut D’jarum...aroma cengkih yang begitu harum...pernah juga aku menghisap benson, namun tak terasa bosan.

Namun bila ramai bertandang, shisha menjadi idaman. Berkongsi paip menambah keintiman dikalangan teman...