Wednesday, October 27, 2010

malam itu.

malam terasa panjang,
dingin bayu seperti menyindir dengan menghembuskan anginnya yang sekali-sekala.
cengkerik saling berlawanan.
siput mengengsot mencuri pucuk daun.
aku menghembuskan hela panjang.
di bawah pangkir,
dalam cahaya lampu kelam...

Sunday, October 24, 2010

bahagia itu bukan untuk ku...

asmara...
ingin sekali menggecap bahagia seperti mu,
ketawa, bahagia, suka, dan terus bersama.
tapi bahagia itu bukan untuk ku,
andai dapat kau mengerti.
wahai Tuhan...
tidak pernah sesekali menyalahkan Mu,
tidak sekali rasa angkuh dan tidak bersyukur,
namun aku tidak mampu,
seperti yang aku minta dengan setiap titisan air mata ku di depan Mu.
lakonan ini terus menyesakkan ku.
dan kini aku hanya berserak kepada mu...
aku akan tetap menunggu kerana sumpah ku...
"andai diletakkan matahari di kanan ku,
bulan di kiri ku,
agar aku meninggalkannya'
aku takkan tinggalkannya...

selamat hari lahir untuk ku...

24 oct,
genap 25 tahun aku hidup di dunia ciptaan ALLAH ini.
namun tahun ini sekali lagi aku teruji.
dia yang merupakan tunjang belakang aku sebelum ini sedang bertarung,
dan aku hanya mampu berdoa agar dia menang!
dad, i will always be with you.

Wednesday, October 20, 2010

kenapa?

Kenapa semalamku masih memburu
Disaat aku dipenghujung waktu?
Kenapa kelmarin masih merintih dan mengekang aku daripada melihat hari esok?
Kenapa bayang-bayang mu masih segar dalam anganku
Sedangkan hakikat kau sudah tidak mahu?
Kenapa amat sukar untuk melupakan semalam dan aku masih mengharap walau setitis sisa cinta?
Kenapa aku tak mampu untuk terus berjalan dan masih merangkak ke belakang?
Sebenarnya aku masih mengharapkan mu.
Sejujurnya aku masih mencintai mu.
Sumpahku akan masih menerima mu.
Selamanya akan tetap ku tunggu mu.
Di tepi pantai itu, di kebun limau, di bawah pangkir yang ku bina.

kerabu terung, kerutub daging

Emak mengupas kulit terung lalu mencelur sehingga lembut. Kelapa yang telah siap diparut,aku ramas-ramas dan ku ambil santanya seperti yang diajar emak. Ikan yang telah siap direbus,ambil isinya dicampur bersama santan,sebati dengan bawang merah,lada hitam serta beberapa rempah yang telah ditumbuk halus lalu emak meneruskan proses semuanya hingga menjadi kerabu.
Aku sibuk memotong ayam dan bersihkannya. Kunyit hidup yang telah siap ditumbuk bersama sedikit bawang putih dan beberapa rempah rahsia emak,aku lumurkan kepada ayam. Minyak yang telah lama memanggil dengan asap putih itu dihadiahkan ayam tadi lalu bersatu sehingga ayam bertukar menjadi kekuninggan. Aku puas lalu aku angkat.
Sementara sedikit minyak untuk menumis telah dipanaskan di dalam periuk. Kata ibu untuk membuat kerutub daging. Rempah kerutub ditumis, wangi lalu dimasukkan sedikit santan agar tidak hangus. Minyak muda telah mula kelihatan, aku memasukkan daging lalu digaul hingga sebati. Seingat aku, ini sama seperti yang diajar ayah untuk membuat gulai kawah. Setelah itu dimasukkan santan dan kemudian kentang sebagai permodenan mengikut semasa. Dulu tiada kentang jawab ibu. Hampir masak, lalu ibu masukkan perisa, garam dan asam semestinya.
Setelah siap semuanya, aku hidang untuk orang tersayang yang kini telah hilang...

asmara

Asmara, sama tapi tidak serupa. Andai boleh kau fahami, andai dapat kau mengerti. Agar ada kesempatan untuk aku menyatakan, agar kuat untuk kita menempuh. Membina awan untuk ditunggang. Membuat kota yang penuh peradaban. Mencipta teratak yang mana berbumbungkan cinta dan tiang serinya agama. Dihiasi tawa si kembar yang selalu bersama. Mengejar dan asyik bertanya. Bertanya tentang dunia, agama dan Tuhan yang Esa. Pernah kita impikan untuk mendayung kolek kehidupan walau dilanda badai dan taufan.

Belumpun siap bedar yang ku bina, lalu ku minta kau berada menemani ku. Datang mereka, mengambil mu, lalu kau seperti merelakan kerana mereka menjanjikan hidup yang lebih sempurna. Mungkin mereka berbekalkan dengan tongkan yang penuh kebahagian manakala aku pula punya kolek yang bocor dan terbuang. Aku tak mampu untuk menghalang, kerana kau berhak mendapat bahagia mu, kerana kau dah terlalu lama menunggu, untuk aku membina bedar belayar bersama.

Aku tidak mampu untuk menyata, untuk mengertikan mu. Dan kau tidak sabar menunggu dan kita hilang apa yang mahu. Kini kau bahagia, tiada dendam bagi ku walau terluka. Hanya mampu tersenyum untuk terus menipu diri ku dan berharat kau dapat apa yang kau mahu.

Tunggu! Aku tetap akan terus menunggu!andai kau ingin kembali mendayung kolek bersama ku.

Thursday, October 14, 2010

hanya itu...

Putaran hidup sentiasa berterusan,dan perlahan-lahan aku cuba meneruskan hidup yang telah ku anggap sebagai sisa. Udara pagi tidak lagi senyaman dulu. Perit mentari siang semacam membakar sehingga ke akar hidup. Bayu petang tidak semesra hari itu. Setiap hari aku hidup dalam kepura-puraan dan tidak menjadi diri aku yang sebenarnya. Aku sedar aku hidup dalam bayang-bayang dan mengejar sekeping hati yang telah lama aku hilang. Tidak mungkin aku akan mendapat kembali merpati yang telah terlepas kerana cintanya umpama buih-buih di pantai yang datang dan hilang bersama ombak.yang sementara dan kemudianya menjadi makanan kepada si belanak yang menghuni pantai bila musimnya.
Namun, apa daya ku? Telah ku cuba tapi tidak terdaya. Aku sudah hilang segala yang ku punya. Bukan merintih dan bukan tidak bersyukur. Tapi terasa tidak mampu lagi untuk berlakon bahawa aku bahagia dan menyakiti hati yang sentiasa ada. Hendak melafazkan bukanya mudah dan hendak meneruskan akan menjadi sesal yang tidak sudah.
Semoga Tuhan memberikan aku jalan, agar tenang bila aku berdepan denganNYA, untuk menjawab setiap tanggungjawab. Ya ALLAH, berikan aku kekuatan dan andai rindu itu tidak lagi berzikir, bawalah aku berjumpa denganMU...kerana aku ingin merinduiMU...

Sunday, October 10, 2010

kepada tun fatimah...daripada ben!

Fatimah, kemana kau menghilang? Kenapa kau tinggalkan aku sendirian? Aku rindukan mu wahai Fatimah. Aku adalah Ben, insan yang sentiasa menunggu untuk hidup dan mati bersama mu. Yang sentiasa berpegang kepada setiap janji-janji ku...dan sehingga hari ini serta untuk hari-hari yang mendatang,aku akan setia menanti,akan setia menunggu mu wahai Fatimah kerana kau telah cukup sengsara menunggu kepulangan ku di tepi pantai itu, dan hanya ombak yang tahu kepedihan hati mu, lalu ia membawa bersama buih-buih terus ke laut untuk mencari aku yang hilang dan sesat dalam aku mencari arah tujuku...kerana aku hanya melaksanakan tanggungjawabku. Yang terpikul tanpa inginku.terpaksa berdagang bermodalkan kehidupan. Menagih keuntungan masa depan. Mencari nilai harga diri dan maruah yang dijadikan taruhan. Dan hari ini, aku berjanji aku menunggu kepulanagan mu. Walau untuk seribu tahun, walau umur ku takkan setua itu. Akan tetap setia menunggu mu. Semoga kau datang nanti walau apa keadaan mu...kerana kau adalah hidup ku...fatimah....belayarlah wahai Fatimah...pergilah semahu mu...tapi jangan kau lupa jalan pulang mu...kerana aku adalah Ben yang setia dan akan sentiasa menunggu!