Tuesday, March 29, 2011

serunding kasih

Allah tidak akan menzalimi hambaNYA...itu yang aku pegang, itu yang aku sandarkan. ALLAH tahu aku mampu pikul beban dan ujian ini dan oleh sebab itu Dia menguji aku untuk menguaktkan hati ku...bonda, terlalu bear ujian untuk mu. Terlalu berat untuk aku memandang kesengsaraan mu. Terlalu hancur hati ku cuba menyelami penderitaan mu. Terlalu luluh jiwa ku menghadapi semua tanpa mu...ingin, terlalu ingin kau kembali seperti dulu dan memberikan mu seteguk rasa nikmat kerana sepanjang perjalanan hidup mu tidak pernah ada madu manis kehidupan yang dikecap tetapi hanya sengat-sengat bias yang kau rasa. Andai mampu aku kacau serunding kasih yang berasa cinta dan penuh dengan suka, disuap bersama ketupat cinta sepanjang sisa hidup mu. ALLAH...kurniakan semua itu...

Tuesday, March 1, 2011

a gentle reminder to babygaga

Kita terlalu asyik berbicara tentang mereka yang tidak berkerja betapa mereka ingin menjadi guru sedangkan kita terlupa kepada mereka yang mengajar tetapi terpaksa meninggalkan profesion perguruan dek kerana kekangan yang terlalu mengekang dan bukan kerana tiada cinta kepada laskar pelangi ini. Si isteri mengajar di masai, si suami mengajar di jerek( sekolah menengah paling pedalaman di gua musang). Untuk berjumpa sebulan sekali jauh sekali. Hanya bersua bilamana cuti sekolah menjengah. Dimana nafkan si isteri? Dimana layanan untuk suami? Dek kerana kekangan ini bersama pula anak kecil yang kesihatan amat memerlukan perhatian dan pertukaran masih tidak diluluskan walau 4 tahun berjauhan, si suami nekad berhenti menjadi jurutera insan. Timbul pula kes dimana isteri di nun hampir di Filipina, suami di utara semenanjung, berjumpa juga bila cuti menjengah. Dan si isteri tidak tahan dengan dugaan, lalu berhenti mengajar. Ada pula orang johar yang ditempatkan di ulu Kelantan, 3 bulan mengajar dan kepenatan lalu berhenti begitu sahaja, nak dikatakan tidak cukup ilmu perguruan, lulusan sarjana muda pendidikan. Pasti ada penyebab kenapa hal ini berlaku. Namun tidak lupa kepada mereka yang Berjaya mengharungi semua, naik belon sebulan sekali berjumpa keluarga, gaji melayang begitu sahaja, untuk tambang belon katanya. Mujur si isteri boleh tinggal dengan mertua dan demikian mereka selamat semua, eh lupa pula, nanti dikata mengajar untuk kebendaan pula, tapi bagaimana nafkah untuk isteri dan anak-anak tentunya?. Andai semua mereka ini bujang, tidak akan timbul isu berhenti mengajar. Namun kenapa mereka di pisahkan dan permintaan mereka tidak dilayan sedangkan tempoh perkhidmatan sudah melayakkan mereka untuk tidak lagi berjauhan? Takkan tunggu mashitah mengeluarkan fatwa kepada suami isteri tak apa melayan nafsu dengan sesiapa sahaja bilamana berjauhan seperti melacur itu halal mungkinnya? Mungkin anda masih bujang dan tidak merasa semua ini. Saya juga tidak merasa tetapi amat simpati kepada mereka. Pernah dengar cerita pengetua perempuan yang tidak berkahwin dan bagaimana perangainya dan gaya pentadbirannya? Mungkin satu hari nanti ia menjadi cerita babygaga pula...ops, tersilap kata!
P/s: a gentle reminder to babygaga, to judge someone, you should walk in their shoes and walk a mile a head from them, then you’ll know what they feel, and then you can judge them.
Andai pengalaman itu baru berusia 50 sen, tidak perlulah mendabik dada kerana tidak merasa lagi erti hidup sebenarnya. Jangan terasa, kita sama-sama bertingkah dalam bumi Tuhan yang penuh rahsia, perlu ada ilmu di dada agar waras dan cerdik sebetulnya. Dan cerdik ini tidak datang bersama segulung ijazah tetapi melalui pengalaman hidup insan itu sendiri seperti nun ha min mengajar alaudin sebetulnya.