Monday, June 25, 2012

syaban, antara fakta dan bi'daah...



Bukan niat untuk menjadi ustaz, namun sedikit ilmu yang ingin dikongsi. itupun setelah diri sekian lama jahil...




Bulan Syaaban adalah bulan yang selalu dikaitkan dengan terdapatnya fadhilat-fadhilat tertentu berkenaan dengan amalan-amalan khusus di dalamnya. Banyak juga tulisan-tulisan yang tersebar dikalangan masyarakat kita berkenaan kelebihan bulan ini, tetapi penulisan tersebut hanya menebal dan menambah halaman buku tersebut tetapi dari sudut kesahihan fakta berkenaan amalan tersebut tidak dapat dibuktikan dengan tepat dan ia sebenarnya telah mengelirukan masyarakat berkenaan ibadah yang mana warid dari Rasulullah s.a.w. Walaubagaimanapun, di sana terdapat hadis-hadis berkenaan amalan-amalan tertentu di dalam bulan ini yang thabit dari Rasulullah s.a.w. Masyarakat Islam pula diharap agar tidak beramal dengan sesuatu amalan hanya atas dasar ikut-ikutan tradisi yang disandarkan kepada agama seperti membuat juadah khas Bulan Syaaban dan seumpamanya.

Dalam sejarah ilmu hadis, ramai pemalsu hadis memang gemar membuat hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:
“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).
Hadis-hadis palsu yang kerap dan masyhur tersebar dikalangan masyarakat kita antaranya ialah:
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah) (Dr Asri, Tentang kesahihan amalan dan fadhilat bulan syaaban).

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):
“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
Walaubagaimanapun, terdapat hadith-hadith dari Nabi s.a.w yang sahih berkenaan dengan kelebihan bulan ini. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:
“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).
Aisyah r.aha juga menyebut:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Menurut hadith-hadith di atas, sangat mudah difahami bahawa pada Bulan Syaaban, kita sangat-sangat digalakkan untuk berpuasa kerana Rasulullah s.a.w kerap berpuasa pada bulan ini. Justeru, amat baik jika kita meneruskan amalan berpuasa pada bulan ini kerana ia bersangkutan dengan apa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Apapun, Nisfu Syaaban iaitu pada 15 haribulan Syaaban, terdapat banyak hadis palsu berkaitan dengan kelebihan serta fadhilatnya disamping tidak menafikan terdapat juga hadith-hadith yang sabit berkenaan dengan kelebihannya. Antara amalan yang selalu berada dikalangan masyarakat kita ialah amalan khusus seperti solat khas pada malam Nisf Syaaban tersebut.

Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:
“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bid'ah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).
Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah:
“Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz).
Yang di atas adalah antara amalan palsu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w berkenaan malam tersebut. Di sini kita bawakan pula hadith-hadith yang sahih berkenaan dengan kelebihan malam Nisfu Syaaban:


“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).
Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan.
Oleh yang demikian, menurut kefahaman hadith berkenaan, adalah sangat baik jika kita melakukan amalan-amalan soleh dan amalan sunnah pada malam tersebut dan menjauhi perbuatan yang dibenci oleh Allah. Menjauhi permusuhan dan kezaliman paling besar iaitu syirik adalah penghalang daripada seseorang itu diampunkan oleh Allah.
Mari kita lihat apa komentar Dr. Yusof al-Qaradhawi berkenaan malam tersebut:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut) (petikan ini dari Artikel Dr. Asri, Tentang Kesahihan Amalan dan Fadhilat Bulan Syaaban).
Namun begitu, janganlah kita terlalu cepat menghukum. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih (ibid).



dan yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dengan izin ALLAH...jika ada kesalahan saya disini harap dibetulkan kerana kita sama-sama belajar

Wednesday, June 20, 2012

soal rasa

2 minggu yang lepas, aku rasa amat takut, kosong dan peluh sejuk sentiasa hadir di pipi dan dahi. terlalu ingat akan mati, tertanya-tanya tentang apa rasa, apa yang akan aku alami setelah aku mati. kemana akan aku pergi. aku jadi gugup, terlalu takut yang amat, yang tak pernah aku alami, sehingga aku bertanya pada diri, adakan sudah sampai masa untuk aku mati? apa yang akan terjadi nanti? adakan ALLAH telah menulis nama ku dalam list orang-orang yang akan mati pada tahun ini? adakan daun yang tertulis nama ku telah menguning dan tunggu untuk gugur? atau adakah ALLAH ingin menguji sekuat mana aku? namun aku mula sedikit tenang tapi masih terlalu resah...tiada tangan untuk aku gengam dan tiada usapan ke kepala ketika resah.

Monday, June 18, 2012

puasa bulan rejab, antara bidaah dan hadis palsu



Hadis Rasulullah.“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah HADITH PALSU yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)

Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99)


Mengenai Fadilah puasa bulan rejap juga, kita perlu selidiki dan teliti sebaik2 nya, kerana ini melibatkan soal agama yang suci.Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]
"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu (palsu)


Di sini juga saya meletakkan diantaranya hadis doif dan palsu yang ada di dalam fadilah bulan rejab..


Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam ! ! ! sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.

-Hadis sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'.



Ini adalah antara puasa sunat yang dilakukan Rasulullah

Setiap bulan Nabi saw pasti akan berpuasa. Puasa sunnat Isnin-Khamis, puasa hari2 putih (tanggal 13, 14, dan 15). Tapi khusus Nabi memilih hari-hari tertentu dalam bulan Rejab tidak ada. (Imam Ibn Taymiyah, Majmu' Fatawa: 25/290

fishing gear


Aku mula berjinak dengan bidang memancing sejak bergigi susu lagi. Bermula dengan mengikut arwah ibu memancing ikan puyu di bendang dan tali air, sehinggalah ke pemecah ombak bersama teman. Malah rezeki aku ketika bulan puasa waktu kecil dulu adalah melalui memancing. Aku akan turun ke tali air selepas asar untuk memancing anak-anak puyu yang akan aku jual serendah 10sen seekor. Berbekalkan hasil jualan puyu, dapatlah aku menjamu kerang rebus selepas terawih yang dijual oleh mak sepupu di hadapan rumah.
Dulu berbekalkan batang buluh, aku memancing bersama ibu. Buluh perlu dipilih dan ditebang dengan teliti, ada pantang larang yang perlu dipatuhi. Dan setelah dewasa, aku bertemankan dengan xpuyu limited edition bersama tomman 2000 sebagai fishing gear yang terawal aku beli. Itupun setelah aku berpendapatan sendiri. Dulu sewaktu di university, aku selalu merembat batang pancing epek atau besar untuk turun bersama abe. Dan abe sendiri takut bila memancing bersama aku, kerana hanya aku seorang yang boleh menewaskan dan meleburkan rekod yang selalu dipegang oleh abe.
Sekarang aku ke kenyir bersama matnor, ke laut bersama duan, ke sungai bersama azly. Masih ada teman-teman memancing yang satu kepala. Aku sudah memiliki tomman 6000, benax 5000, bersama figo dan masih memburu penn, abu garsia dan ajiking. Aku memburu toman, tapah, baung di kenyir, dan aku pasti selepas ini kelah menanti. Aku menjinakkan ebek, kerapu, kekacang, merah, kerisi, sotong dan banyak lagi. Udang galah juga sentiasa ada bersama maggi bilamana aku turun ke sungai atau muara untuk memburu si sepit biru. Itupun andai tidak dikaxau oleh si tilam yang sentiasa lahap atau tuba manusia yang durjana.

Sunday, June 17, 2012

kad raya terakhir


Sent: abg watpe?
Rep: drive ni
Sent: nak gi mane?

Aku tak terus membalas kerana aku memandu dan sudah menghampiri destinasi, niat hanya satu. Untuk membeli kad raya. Ya, kad raya, aku tidak pernah memberi kad raya dan tahun ini aku ingin menjadi sedikit romantic, bertukar daripada seorang yang hopeless romantic kepada seorang yang romantic. Setidak-tidaknya itu yang ada dalam otak ku ketika itu. Aku juga ingin mengepos kad itu, walau aku boleh menghantar sendiri kad itu ke tempat kerjanya di Terengganu ketika itu. Sampai di rumah ketika dia balik bercuti untuk hari raya lebih bermakna aku rasa. Pasti dia akan merindui aku dan akan cepat-cepat mahu bertemu nanti. Aku pasti  kerana akau amat kenal dia. Semasa beratur untuk membayar kad itu, baru aku teringat yang akau masih belum membalas sms yang diterima tadi.

Rep: beli barang kat pasaraya.
Sent: abg salah hantar sms ke?
Rep: salah ape plak? Tadi tnya nk gi mane.

Dan, dengan sms itu, maka terjadilah satu perselisihan faham yang membawa kepada air mata dan darah di hati ini sehingga ke hari ini. Dengan sms itu juga runtuhnya sebuah ikatan yang terbina sekian lama dan padamnya semua janji-janji yang semuanya hanyut dibawa oleh ombak Terengganu.
Sudah hampir empat tahun semua berlaku dan aku masih belum mengerti, kenapa semua ini terjadi? Sedangkan aku hampir, amat hampir kepada realisasi dan mengota semua janji. Aku cuba selam dan aku rasa sebenarnya dia sudah mengetahui akan apa yang terjadi, mungkin berlaku perjanjian hakiki antara ibu dan anak, antara ayah dan puteri, maka dia berdiam diri dan mencari salah agar tidak berasa bersalah. Dan akhirnya dia mencari sebab untuk membenci aku sehingga ke saat ini tapi sedikit pun dihati ini tiada benci kerana cinta yang dulu itu cinta sejati...cinta ben kepada tun Fatimah.

Friday, June 15, 2012

mawar dan duri

petang itu aku bersihkan pokok-pokok mawar di tepi rumah. ada yang merah, ada yang pink. bau mereka cukup berbeza dan ia seakan mengamit secubit kenangan sewaktu remaja dahulu. ya, waktu remaja yang mana sekuntum mawar merah atau pink pasti tersenyum dibawah meja menjelang senja menghadiahkan harum semerbak. malamnya pasti ditemani wangi mawar yang kadang-kadang mengamit cemburu teman. aku tersenyum, bangga semestinya...aku punya mawar yang menghadiahkan mawar wangisetiap hari bagi menambahkan manis dan wangi jiwa remaja ini. tapi sekarang baru aku teringat, mawar semunya berduri. aku juga tersusuk duri tadi lantas kerana itu jari-jari ini terus menari dipapan keyboard ini. walau untuk membuang dan mencuci pokok mawar tadi, masih lagi tersusuk duri, walau bukan untuk memetik apatah lagi untuk mencium namun masih terkena tusukan bisa mawar yang memberi seakan sakit denyutan di puncak nadi. sememangnya mawar akan sentiasa berduri...aku pasti!

Wednesday, June 13, 2012

someone, someday

when my neck stiff, when my head ache, i really miss a person who manage to puff all that uncomfortableness from me. the warm touch with all the love from the tiny yet comfortable fingers wrap me with pleasure that i will never feel again. my hair been pull with care, my neck been massage with love, all my fingers been trick with warmness of heart, my face been clean with gentle, my ears been touch with tickles. but deep inside my heart, still i pray that one day, i again, can feel the touch of warmness of love from very same person even not in this very same life, again and future and pray...

Tuesday, June 12, 2012

recover

i think i just recover from this strange feeling, feeling of like i'm dying, near to my death. but still, that near death feeling still hunting me, even it gets weaker. feeling of dying makes my cool sweet running thru my neck. 

Tuesday, June 5, 2012

my eleanor

sehari dua ni cuaca amat panas, petang diserikan pula dengan ribut petir, dan tadi nyaris sebiji kelapa menghempap kereta, sedang aku asyik memandu, tiba2 buat kelapa gugur dari pokok yang terletak ditepi jalan, mujur sempat mengelak, kalauntidak, kemek bunbung kereta, my eleanor...

Friday, June 1, 2012

seseorang yang aku kenal

somebody that i used to know, damn, this song bring lot of things to spin in my mind. every words, every rhyme tell exact the story, like they knew what happened. nevertheless i find this song quiet interesting, don't you?