Thursday, November 15, 2012

Burung sita dan ayam-ayam vol.II





Terlebih dahulu aku kemaskan semak-semak yang akan digunakan untuk memasang bubu nanti. Ironi, kemaskan semak-namun itulah perkara pertama yang perlu dibereskan. Tebas pokok-pokok renek yang boleh menganggu burung sita nanti. Dihujung semak telah siap bubu yang akan dipasang. Pasang bubu bukan mudah dan aku sendiri pun tak pandai. Ayah sendiri yang akan pasang bubu nanti. Malam tu, aku pasang rakaman bunyi burung guna tape! Tak lagi guna buluh siul. Zaman dah moden, pasang tape dan tinggal. Dulu, siap kene usik dengan hantu masa guna buluh siul kata ayah dan kene berjaga malam. Sekarang mudah, play and leave. Esoknya pagi-pagi aku dah bersiap. Dengan kayu untuk membedal semak samun. Kami bermula dari hujung semak menuju kea rah bubu. Agar burung sita yang turun semalam yang tertipu dengan tape rakaman suara burung akan lari dan terus menuju kea rah bubu. Namun perlu bersedia agar burung yang culas akan dapat ditangkap terus.  Usaha kami berhasil, 15 ekor burung bermata merah, berkaki merah dan berbulu perang dan hitam yang sama saiz dengan burung puyuh Berjaya kami tangkap.
Pukat burung yang panjang 100 meter terhampar. Dah siap kene kelawar lagi! Malam makin kelam. Tape sekali lagi aku guna! Nak guna buluh siul, takut-takut burung yang dipanggil, kelawar yang datang. Tak pandai punya pasal. Burung ayam-ayam ni rumit. Perlu guna pukat-perlu guna loceng dan perlu tunggu! Jam 2 pagi, loceng hujung berbunyi. Aku bergegas dan seekor ayan-ayam sedang mengelupar di dalam pukat. Aku pegang muncung! Ayam-ayam ni mengigit. Silap haribulan, mata yang jadi sasaran. Boleh buta jawabnya. Rutin malam tu berlarutan ke subuh dan 5 ekor ayam-ayam yang Berjaya ditanggkap. Mengapa dipanggil ayam-ayam? Burung ayam-ayam jantan ada balung seperti ayam! Aku membonceng mota bersama ayah dan senapang di belakang. Ini pengalaman pertama menembak ayak-ayam, selalunya aku hanya menembak tupai. Adik aku sudah bersedia dihujung sawah. Dan bila dia memukul pujuk padi, seekor ayam-ayam terbang lari. Aku yang telah bersedia terus meng aim burung tadi dan “bang” burung tu jatuh! Tak mati sebab kene sipi-sipi. Nasib baik kene, kalau tak malu dibuatnya! Ayam-ayam, burung kawalan, memburu, menagkap adalah salah jadi kene barhati-hati dengan perhilitan. Kami meneruskan aktiviti menembak dan banyak yang terlepas daripada yang terkena. Hanya 2 ekor dan aku cukup puas!

Wednesday, November 14, 2012

malam ini sunyi sekali


Duduk di pakir, merenung bulan dan mengintai bintang, diganggu oleh kereta yang lalu lalang. Tiada hilai tawa, tiada apa yang kedengaran. Kosong dan sunyi. Terlalu yang amat. Tidak dapat lari dan tidak pula dapat bersembunyi. Harus dan wajid aku tatap dan perlu aku lalui. Andai ada sedikit rasa yang boleh ubah segala dan berdaya member makna, pasti aku kutip cebisan-cebisan yang tertinggal untuk aku cantum dan persembahkan semula. Malam ini sunyi sekali.

Friday, November 9, 2012

road not taken?

nah...this is not the road not taken, but where the times is pass by and yet so busy with stuff that not even an important one. if the is some stuff. eaten by time makes me wonder and wondered...it is the path that i choose or the path that been chose for me? is this what i really want or this is that they want? still thinking of road that i not taken, maybe full with bushes and the trail been flush away by yellow leafs. if only i took the another path, what will i face? to be true, it all long gone and i must face this path what so ever i like it nor it! but hows and whys with this emptiness?  what i gonna do and what to do? hows to face and hows to solves? buried in the sun and taste the hot air, i am thinking!

Thursday, November 1, 2012

love me...hate me!

sit on my chair, in my office and feel the air cons blow it's cool air, and watching the fan dancing on the ceiling at late of the day, waiting time to pass and not knowing where to go or what to do since i have nothing...nothing at all even the last piece of my bloody heart!