Sunday, January 6, 2013

resting without rest

hari ni ambik EL, just got back from kuala berang. kaki dan belakang masih lagi terasa sengal! letih mungkin atau asid-asid memenuhi ruang sendi. nampak seperti izjarail masih berlegar-legar dikalangan orang yang aku kenali. baru seminggu arwah pak sepupu pergi, dan semalam disambut pula dengan mertua abang. hidup ini sementara, amat sementara sebenarnya. tubuh amat letih, meminta untuk rehat, namun mata masih bersinar, tak sehaluan dengan kehendak tubuh. mungkin mereka kurang serasi atau sedang bertelagah.huh!

Saturday, January 5, 2013

tiada nama

tiada ucapan tahun baru lagi?
kerana aku bukan penghitung masihi.
hari tetap datang dan pergi.
tahun pasti silih berganti.

semua itu angka,
tapi bukan tidak membawa sebarang makna,
cuma aku, hanya aku tidak berminat untuk mencerna,
menelan sebelum menguyah tahun-tahun yang hiba.

lebih kepada diri,
yang seakan sedikit tak bererti,
lemak-lemak telah tersesak
dan tulang seperti sakit tak terperi.