Sunday, September 22, 2013

tanpa sesiapa

kadang jari memetik key tanpa rasa, tanpa arah selalunya. hanya idea bercambah seiring apa yang ingin terluah. tanpa erti dan tanpa tujuan khusus kepada sesiapa. imaginasi sepenuhnya. dan imaginasi itu tidak perlu kepada pengalaman atau rasa atau tujuan. hanya imaginasi, luahan rasa tanpa rasa. tanpa syarat, hanya bicara. tidak perlu kita terperiuk dan terperuk, tengelam dan selepas itu gundah. menulis hanya menulis, hanya untuk nilai dan kepuasan hati, ya, kadang terbit dari hati, tapi kadang hanya luahan yang direka tanpa untuk sesiapa.

Thursday, September 19, 2013

mimpi akan diri mu...lagi?

semalam aku bermimpi, mimpi tentang kamu, mimpi tentang kita...bersama namun keliru. aku yang keliru. adakah itu benar, atau igauwan semata. ingin aku cerita namun tidak terluah. ingin aku lipurkan namun diri takut akan lara. ingin? sekadar ingin? ya, itulah persoalanya, aku hanya berani untuk ingin, namun bergerak ke depan, aku seperti hilang kekuatan. kemana kekuatan hilang? ia lenyap bersama ketika aku tengelam di lautan. bukan laut cina selatan tentunya.  tapi lautan perasaan dan gelora aku sendiri...yang mana hanya aku sahaja boleh mencari. sekali lagi, aku ingin mencari tetapi tidak berani...

Tuesday, September 17, 2013

memorial untuk abang



Aku cuba menulis, menulis tentang suka, tentang jiwa yang tenteram, yang tenang, namun perasaan ini hampa. Tidak dapat membendung kesedihan yang menimpa. Kehilangannya begitu terasa. Amat membebankan. Amat berat untuk aku lihat, apatah lagi anak-anak serta isterinya yang menanggung. Abang yang dahulunya bersama kini dipanggil Tuhan untuk menemani ibu disana. Dia masih muda, namun ALLAH lebih sayangkannya. Kehilangannya dengan tiba-tiba amat terkesan. Ada janji yang kami ingin laksana namun tidak dapat ditunaikan. Untuk anak-anak saudara yang masih kecil, akan ku cuba bantu yang termampu. Dulu, ayah mu yang payungi aku, menitis peluhnya bersama tangisan ibu. Kuat semangatnya mendewasan aku. Kini tiba masa untuk aku membantu, mencurahkan segala yang aku mampu. Kuatkan semangat mu, agar dia tenang selalu. Jangan kau risau kerna akan aku ada selalu, seperti ayah mu ada untuk aku dulu.

Thursday, September 5, 2013

dingin

bersandar di beranda, pukulan angin menerpa muka. menghirup sisa-sisa  debu jalan yang masih terbang leka. aku juga leka, leka mengira bintang dan mengintai bulan sabit yang semakin malu sembunyi. malam ini dingin sekali. malam ini kosong, lohong dan tidak berisi.bunyi cengkerik seakan menyanyi, cahaya kunang-kunang sedikit memberi seri.

Tuesday, September 3, 2013

Dreams of u



I’ve dreamed of you, dreamed of us,
It was so true, I wonder if it will last.
I walked my path, but it was twisted,
It was wrapped with the wrath, the memories that I not ever wanted.
Dreamed of you, i just watched,
Missing you, i am not just ignored.
Losing you, i am heartless,
Hope of having you, i am breathless.
Touching you, i am not with bless,
Smiling at you, it is all that i have.
Loving you, it was the deepest part of my life,
It just you, for thee i would surrender all that i ever have...