Monday, August 11, 2014

berbaloikah?

setiap keringat, setiap hela nafas, setiap saat yang terlepas, berbaloikah?
setiap impian yang aku kuburkan, setiap cita yang aku pendam dan setiap kedudukan yang aku tolak, berbaloikah? berbaloikan hanya pada sebuah janji dan wasiat yang disemat pada hati ini dan terikat dek jasad dan tertanggung oleh roh...berbaloikah? hanya pada satu pesanan "jangan ditinggal rumah ini dan jagalah isinya, jangan sesekali kamu tinggalkan dan telah aku wasiatkan kepada kamu untuk pikul tanggungjawab itu"....ya, hanya pada pesanan itu aku terikat dan hanya pada itu. telah aku korbankan semuanya, telah aku hancurka impian dan hidup sendiri serta insan lain, hanya kerana itu...berbaloikah semua itu?...yang pasti, akan ku pikul setiap kata-kata itu, walau diletak matahari di kiriku dan bulan di kananku, agar aku lepaskan tanggungjawab itu, maka nescaya tidak akan ku lepaskan kerana aku telah berjanji, itu yang pasti. berbaloi atau tidak, tidak pernah aku hiraukan kerana aku bukan aku kalau tidak kerana arwah yang beruban putih itu, kalau bukan kerana dia...biar Tuhan saja tentukan, biar Dia saja ganjarkan, biar aku lepaskan setiap peluang, biar saja kedudukan itu terisis dek yang lain, biar saja agar aku sentiasa patuh pada wasiat dan pesanan kerana ALLAH bekerja dengan cara yang kita tak pernah tahu.

Wednesday, August 6, 2014

seandainya kamu sudi

terasa kosong walau terisi, masih kelam dan gelap walau seperti ada chaya di hujung. terlalu sukar untuk digambarkan tentang hidup, tentang nikmat, tentang derita, apatah lagi untuk berbicara tentang rindu, bicara tentang rasa dan semuanya. itu tentang aku dan terfikir juga aku tentang kamu. apakah kamu gembira di sana? adakah kamu ketawa? adakah kamu menitis air mata? aku tahu aku kejam, tidak rela untuk melepaskan apa yang digengam, menghiris kamu cebisan demi cebisan. tidak ada hak untuk aku mohon kemaafan, tidak juga berhak untuk aku pertahankan diri dan tiada sebarang alasan untuk aku minta agar kamu lupakan. sejujunya cinta itu sentiasa hadir, namun tidak terluah, tidak mekar dan harum dek kerana diri aku sendiri yang gagal mencari titik keluar.seandainya kamu sudi...seandainya.