Monday, September 28, 2015

permataku



Berkali aku membaca ceritanya dan juga aku bandingkan dengan ceritanya, dan selayaknya aku seringkali jatuh cinta akan semuanya. Jarang sekali aku membaca dan menonton cerita tentang cinta, apatahlagi sarat dengan emosi namun kali ini aku memberi pengecualian, kerana ini karya agung yang tak mungkin dapat sedikitpun dipersoal…cerita penuh tragis, seakan nyata dan juga seperti…

 Selama nafasku berhempus
Harapkanmu didepanku
Selama mataku memandang
Hanya kamu cinta matiku

Terimalah dirinya,rintihan hatiku
Yang terbalut dengan doaku
Inilah sumpahku dengarlah dunia

Cintanya slalu abadi
Walau takdir tak pasti
Kau slalu dihati cinta matiku
Slama aku berdoa melayangkan cinta
Yang slalu kujaga

Sumpah mati
 Sumpah mati aku hanya untukmu

Saturday, September 5, 2015

lost and found

terlalu lama tidak menjenguk, sehingga sudah mula berhabuk. tidak sempat sejujunya. dan apabila hidup terlalu dikejar waktu, sukar untuk aku duduk dan melayan perasaan agar rasa timbul untuk aku cambahkan menjadi kata-kata. seminggu dua ini diri dikejar dengan pelbagai tarikh luput. berkejaran ke pelbagai tempat. seminar dan ceramah juga mencurah. bukan tidak suka akan upah tetapi bayangkan siang dan malam berada di lapangan. sampaikan tak terjaga ayam dan itik di dalam reban. ikan di kolam juga tidak diberi makan. ya, ayam dan itik juga ikan, aku bertani, kerana aku anak tani, sudah terbiasa dengan kotor,hamis, selut. untuk bertanam sahaja masih belum mampu kerana batasan waktu. mengapa? kerna aku bela semua agar tidak sesekali aku lupa asal dari mana. dan melihat anggsa, ikan membuat aku tenang. itu sahaja masa lapang yang sebetulnya aku ada. minggu dan bulan yang mendatang sudah menjanjikan jadual yang telah terhidang. aku menghidup dalam udara dan terus mara ke depan.

Monday, March 23, 2015

kamu sama atau aku saja?

selalu aku lihat, selalu juga aku singkap,
apa barangkali kau juga sama? atau hanya aku saja?
aku cemburu, aku rindu dan terus hanyut.
untuk berkata-kata, aku takut.
adakah sudah hilang rasa itu? adakah sudah padam rindu kamu pada aku?
banyak yang ingin aku soal, namun tidak satu pun yang terluah.

Tuesday, March 3, 2015

sedikit rindu

ada dan selalu terbit perasaan itu. seakan mengasak ingin keluar. namun setiap kali itu juga aku berusaha untuk pendam dan padamkan. hampir juga aku menulis teks untuk aku hantar, selalu aku padam kembali. sesekali cuba mencari dan menggali, apa mungkin kau juga rasa dan apa yang sedang berlaku disana. seperti rindu tidak terluah dan selalu aku padamkan sendiri. tapi hakikat, aku rindu.

Wednesday, February 11, 2015

sunburn

dilanda ombak setinggi 5 meter membuatkan segala isi perut ingin keluar. nasi berlauk ikan masin masak lemak yang dimakan pada jam 6 pagi seperti meminta izin untuk dimuntahkan. dan perjalanan 2 jam untuk ke unjang membuatkan aku rasa cukup letih. sesampai diunjang, aku labuhkan  tali pancing berumpankan udang hidup bagi menarik perhatian ebek. apolo juga aku acuh-acuhkan untuk memikat anak kerisi atau anak kembung bagi dibuat lauk dan umpan. seorang kawan telah tewas dek ayakkan lautan. tertidur dan tak larat untuk bangun. aku bersama teman-teman lain gagahkan berdiri dalam ombak yang mengila.  barangkali kami juga gila seperti kata tekong. setelah puas berapolo, aku labuhkan jig untuk menipu si ebek atau baracuda yang sembunyi dan memilih. rasanya seperti mahu tercabut bahu kerana berjiggin. tiba-tiba umpan hidup disentap, ditarik rakus..jauh. aku mula berlawan, perit dan penat. hampir 15 minit, aku serahkan rod kepada adik yang lebih besar. harapnya tenaga lebih sasa. setengah jam bertarung dan akhirnya ebek pertama tertewas. sedikit puas. dan tidak semena-mena rod abu garcia pula ditarik. ejo bertungkus lumus tapi malang, perambut 40 pound tak dapat menahan asakan lawan dan putus. setelah lama kami beralih dan menuju unjang buluh. aku berapolo lagi untuk ikan segar, pasti manis nanti. sedang enak berapolo, sekali lagi rod bersama udang direntap, terkinjal-kinjal aku cuba penahan dan kali ini aku pula tertewas. mungkin drag tertalu longgar dan hanya mampu melihat si putih berlalu pergi. jig masih ada. terus saja jig dilabuhkan dan seekor kekacang tidak besar tetapi agak kasar tertawan. kami pulang dengan 3 ebek,2 kekacang dan 1 talam serta sedikit kerisi dan kembung. makan nasi berkuah budu dan kirisi goreng berperisakan air laut sungguh menyelerakan. aku tidur sepuasnya walau dibawah terik mentari. dan hari ini, muka mengelupas setelah panas dan terbakar. laut, lawau penat dan hampir tewas, pasti aku akan buru mu lagi.

Tuesday, January 27, 2015

addicted

Aku cuba seupaya agar tidak tewas. Amat penat mencuba. Rasa itu sentiasa datang dan buat aku tidak tertahan. Aku ketagih,aku inginkan lagi namum aku cuba untuk gagahkan diri.

Saturday, January 3, 2015

of baju batik and polo shoes

Rasanya tidak berpeluang untuk aku memiliki baju batik untuk ditukar yang telah koyak di kolar dan tidak juga dapat untuk aku tukar kasut yang hampir tercabut tapak.kenapa?kerana sudah dihabiskan untuk kereta. Ia,telah ku kira sebagai bukan rezeki untuk kali ini. Sedih tetapi kadang kadang benda sebegini memang berlaku.hanya mampu melihat dari kejauhan sepasang polo yang telah lama berkenan dan sehelai batik untuk setiap khamis juga perlu dilupakan.