Monday, November 21, 2016

ghaibmu


Biar ghaib mu suatu misteri 
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi 
Biar ia bertanda tanya saja
Hati ku dah lama bertitik noktah 
Biar, biar lah berlalu Biar, biar lah begitu 
Biar waktu mengubat rindu 
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu
Biar lah mereka tertanya-tanya 
Hati ku dah lama berganti arah 
Mana pergi janji Setia di sisi 
Hanya aku yang tertunggu-tunggu 
Waktu pun berjalan 
Tak berkesempatan 
Kau hilang tanpa pesanan 

banyaklah orang menanam pulut,
saya seorang menanam padi;
banyaklah orang karam di laut,
saya seorang karam di hati.

Kesal hati

Mendongak ke langit,mencari bintang
Lupa,bahawa cahaya bulan sudah cukup terang.
Belayar ke laut,mencari bayu malam,
Lupa,di darat sudah ada hembusan angin sayu pepohonan.
Namun semua tidak memuaskan,kerna itu bukan satu permintaan.