mereka melihat dia seperti superman, yang mampu menerjah angkasa bersama sayap merah yang sentiasa menemani. namun hakikatnya, dia bukanlah sekuat dan seperti disangka. dia menangis dikala malam menjelma, cuba memenuhi impian insan yang perlukannya. dia kuat, tapi itu semua dulu ketika dia "bersayap". namun sayapnya patah dan berkecai seperti keping-keping hati yang lebur dipanas mentari. bersendiri membawa diri, dia menerung masa depan yang tiada cahaya, dilindungi kabus dingin yang bahangnya panas membara, yang menutupi mata insan yang tidak berkaca. kadang-kala terasa seperti perlukan sayap itu kembali untuk terbang bebas sekali.dia berkata- sometime i feel so lost and restless, just like superman with no wing and attached to kriptonite. owh for thee who always be with me, my soul so weak, if could you breath the soul with the warmness of the old day that attached you and me.
selamat hari lahir...
Sunday, April 17, 2011
Tuesday, April 5, 2011
makhluk bertopengkan manusia
Entah makhluk apa yang merasuk seorang guru di utara tanah air sehingga sanggup memukul muridnya yang berusia 7 tahun sehingga meragut nyawa si murid. Katanya murid itu mencuri duit rakan sekelas lalu si guru cuba menengakkan keadilan dan memukul muridnya dengan sadis. Tangan diikat lalu dipukul. Apabila murid berjaya meloloskan diri daripada ikatan, maka digongcang-goncang dan dihempas murid itu sehingga menyebabkan pendarahan dalaman terhadap si murid. Dengar si manira bercerita bahawa sekolah agama. Takkanlah sekolah agama tidak tahu hukum hudud? Berbalik kepada persoalan pokok, sewajibnya perkara sebegini tidak boleh berulang. Ibu bapa menyerahkan anak mereka untuk dididik, bukan dibunuh! Walaupun dunia sekarang ini pelajar dianggap sebagai client dan tugas guru adalah pegawai pendidikan, itu tidak member kita tiket untuk mengajar sambil lewa dan bukan pula tiket untuk menghukum pelajar dengan tiada sifat kemanusiaan. Andai murid itu bersalah sekalipun, kita tiada hak untuk menghukum sedemikian rupa. Anak kucing lagi dibelai dan dimanja, inikan pula manusia yang merupakan ciptaan ALLAH yang amat sempurna.
Tuesday, March 29, 2011
serunding kasih
Allah tidak akan menzalimi hambaNYA...itu yang aku pegang, itu yang aku sandarkan. ALLAH tahu aku mampu pikul beban dan ujian ini dan oleh sebab itu Dia menguji aku untuk menguaktkan hati ku...bonda, terlalu bear ujian untuk mu. Terlalu berat untuk aku memandang kesengsaraan mu. Terlalu hancur hati ku cuba menyelami penderitaan mu. Terlalu luluh jiwa ku menghadapi semua tanpa mu...ingin, terlalu ingin kau kembali seperti dulu dan memberikan mu seteguk rasa nikmat kerana sepanjang perjalanan hidup mu tidak pernah ada madu manis kehidupan yang dikecap tetapi hanya sengat-sengat bias yang kau rasa. Andai mampu aku kacau serunding kasih yang berasa cinta dan penuh dengan suka, disuap bersama ketupat cinta sepanjang sisa hidup mu. ALLAH...kurniakan semua itu...
Tuesday, March 1, 2011
a gentle reminder to babygaga
Kita terlalu asyik berbicara tentang mereka yang tidak berkerja betapa mereka ingin menjadi guru sedangkan kita terlupa kepada mereka yang mengajar tetapi terpaksa meninggalkan profesion perguruan dek kerana kekangan yang terlalu mengekang dan bukan kerana tiada cinta kepada laskar pelangi ini. Si isteri mengajar di masai, si suami mengajar di jerek( sekolah menengah paling pedalaman di gua musang). Untuk berjumpa sebulan sekali jauh sekali. Hanya bersua bilamana cuti sekolah menjengah. Dimana nafkan si isteri? Dimana layanan untuk suami? Dek kerana kekangan ini bersama pula anak kecil yang kesihatan amat memerlukan perhatian dan pertukaran masih tidak diluluskan walau 4 tahun berjauhan, si suami nekad berhenti menjadi jurutera insan. Timbul pula kes dimana isteri di nun hampir di Filipina, suami di utara semenanjung, berjumpa juga bila cuti menjengah. Dan si isteri tidak tahan dengan dugaan, lalu berhenti mengajar. Ada pula orang johar yang ditempatkan di ulu Kelantan, 3 bulan mengajar dan kepenatan lalu berhenti begitu sahaja, nak dikatakan tidak cukup ilmu perguruan, lulusan sarjana muda pendidikan. Pasti ada penyebab kenapa hal ini berlaku. Namun tidak lupa kepada mereka yang Berjaya mengharungi semua, naik belon sebulan sekali berjumpa keluarga, gaji melayang begitu sahaja, untuk tambang belon katanya. Mujur si isteri boleh tinggal dengan mertua dan demikian mereka selamat semua, eh lupa pula, nanti dikata mengajar untuk kebendaan pula, tapi bagaimana nafkah untuk isteri dan anak-anak tentunya?. Andai semua mereka ini bujang, tidak akan timbul isu berhenti mengajar. Namun kenapa mereka di pisahkan dan permintaan mereka tidak dilayan sedangkan tempoh perkhidmatan sudah melayakkan mereka untuk tidak lagi berjauhan? Takkan tunggu mashitah mengeluarkan fatwa kepada suami isteri tak apa melayan nafsu dengan sesiapa sahaja bilamana berjauhan seperti melacur itu halal mungkinnya? Mungkin anda masih bujang dan tidak merasa semua ini. Saya juga tidak merasa tetapi amat simpati kepada mereka. Pernah dengar cerita pengetua perempuan yang tidak berkahwin dan bagaimana perangainya dan gaya pentadbirannya? Mungkin satu hari nanti ia menjadi cerita babygaga pula...ops, tersilap kata!
P/s: a gentle reminder to babygaga, to judge someone, you should walk in their shoes and walk a mile a head from them, then you’ll know what they feel, and then you can judge them.
Andai pengalaman itu baru berusia 50 sen, tidak perlulah mendabik dada kerana tidak merasa lagi erti hidup sebenarnya. Jangan terasa, kita sama-sama bertingkah dalam bumi Tuhan yang penuh rahsia, perlu ada ilmu di dada agar waras dan cerdik sebetulnya. Dan cerdik ini tidak datang bersama segulung ijazah tetapi melalui pengalaman hidup insan itu sendiri seperti nun ha min mengajar alaudin sebetulnya.

Wednesday, February 23, 2011
Monday, February 21, 2011
massa dan masa
terlalu cemburu dan sentiasa memburu.
beribu batu terus berlalu dan masih terkapai dan tersedu.
andai aku mampu mengekori sampai ke situ.
pulang, perjalanan pulang begitu menyeksaku walau bukan diri sendiri yang merasa,
merana atau kecewa.
andai aku mampu putarkan semula.

Tuesday, February 8, 2011
moon
When i have your hands in mine, i have with me the heavens divine.
When you are close, this world is naught.
Destroyed in your love, a triumph sought.
May my life’s breath find refuge in your heart?
Destroyed in your love may my life depart.
As close as perfume are to breathe, as close as kisses are to lips,
As close as nights to memorises, as close as arms to embraces,
As close, as close dreams to mind,
Be that close to me, oh love of mine.
Let my eyes swell this tears, let me cry today.
Take me into your arms, get drenched today.
The sea of pain trapped in my heart will explode,
I have so much pain your veil will drench.
My breath was incomplete, heartbeat incomplete, incomplete was i!
Even the moon is full, complete in the sky, but without you, i was never complete!

Subscribe to:
Posts (Atom)