Monday, August 1, 2011
selalu
nescafe disisi, berasap wangi...
selalu ibu mengejutkana aku,
santapan sederhana selalu tetapi mengeyangkan hati dan mindaku...
berbuka nanti akan ada ibu disisi,
tapi hanya sunyi...kadang-kadang hanya batuk terjadi...
ibu, aku akan sentiasa disisi.
Tuesday, July 26, 2011
Andai dia berpisah,adakah awak masih menerima dia?
Terlalu sukar untuk aku menjawab soalan itu, terlalu payah untuk jujur sebenarnya kerana aku tidak pasti apa yang aku rasa dan tidak ketahuan tentang api cinta tidakpun bara-bara cinta yang mungkin masih ada,setidaknya abu cinta itu sendiri yang masih terasa panasnya...jujur hatiku tidak pasti...aku ingin jujur pada hati tetapi entah hilang kemana kejujuran, entah hilang dalam aku menipu diri sendiri. terlalu tidak pasti dan hal ini yang kadang-kala menggores sedikit ketumpatan keyakinan diri. Not seeing that loving you is what i am trying to do. Andai aku katakan bahawa that you will never be replace mungkin terlalu angkuh kenyataan itu dan kerana itu aku tidak pasti kerana ini soal hati yang kekadang aku sendiri menipu diri malah aku tertipu dalam tipu itu sehingga tidak pasti dimana aku berpijak dan hilang punca kenyataan yang hakiki. Berada dalam bilik gelap tanpa cahaya dan bertemankan sekat-sekat nafas yang hampir putus, terasa asa sudah tiada, longlai langkan tidak lagi melanggkah dan tangan tidak lagi mampu merangkak...sebak datang dengan tiba-tiba tapi masih aku sembunyikan dalam hilai tawa agar tidak terlalu terasa sunyi yang sebenarnya mengcengkam. Butir hujan turun dengan malas dalam malam yang tidak berbulan, andai ia mampu bersihkan bersama selaput rasa semalam.
Thursday, July 7, 2011
?
Sunday, July 3, 2011
menyemai cinta?
ia perlu disemai, disiram dan dibaja, namun ia perlu bermula dengan dengan benih, dan persoalan pertama, diman perlu dicari benih itu? benih pula tidak pula yang hampa. dan terasa terlalu sukar untuk mencari dan mustahil untuk datang sendiri.
Sunday, June 26, 2011
terlalu dalam hidup
Hidup dengan kegembiraan itu satu anugerah tapi ia juga satu ujian. Malah hidup dengan derita itu satu ujian untuk insan yang dicintai Tuhan. Menguatkan jiwa dan membesikan perkasa. Setiap dari kita akan rasa gembira tetapi sedih itu sudah pasti tentunya kerana setiap yang hidup pasti akan mati.
Terlalu cinta membenihkan benci.
Andai semua cinta telah disulam, semua sayang telah diberikan lalu semua berubah, dan air mata yang ditahan mengalir lesu dalam kalbu dan dingin membeku. Ia satu petanda bahawa kita telah kehilangan cinta itu untuk selamanya. Dan tinggalkanlah harapan untuk kembali meneruskan asmara yang diimpi untuk dibina.
Andai diteruskan juga niat yang luhur itu, pasti akan tercipta benci yang akan memakan diri. Sekali membenci,maka benci itu akan terus subur dan mengalir dalam setiap vena yang menghubungkan semua sanubari.
Jangan terlalu cinta, agar tiada benci yang akan dibawa mati...