Wednesday, August 10, 2011

hari-hari kehidupan

semalam meeting, tentang perlaksanaan itu dan ini...semua online, aku tegar...biasa lagi. namun date line yang diberi amat merisaukan. kerja 10 hari dirakuskan kepada 5 hari...huh, aku mengusap dada. tambahan pula perlu berdepan dengan manusia, kita minta mereka menoleh...tak siap lagi katanya...aku sabar, kerana bukan aku saja, tapi ramai lagi yang serupa. mereka tidak selesai dan bagaimana kita boleh bertindak? kita bekerja setelah mereka...harapnya semua sempat dan aku sedar ini hakikat terikat.

Monday, August 8, 2011

sekali ini

Acap kali rindu bertandang, namun aku biarkan rindu itu berlalu bersama bayu malam. Terlalu banyak persoalan yang hendak aku utar dan jawab sendiri sehingga seperti aku tidak pasti. Ada sesuatu yang menari dan terus menari dalam minda yang selalu kosong ini...selalu juga aku biarkan dan aku bebankan dengan perkara lain agar aku tidak terbawa dan terikut-ikut...takut nanti parah badan yang hati masih lagi berbalut. Tapi sampai bila aku perlu sembunyi dan pendamkan hati?

ingin menyatakan

Ingin menyatakan, tetapi terlalu payah, terlalu sukar untuk terucap...terkedu dan kelu disaat cuba untuk meluahkan, mungkin rasa itu belum pasti dan keyakinan belum penuh untuk terus berdiri. Selalu sembunyi dalam menduga yang kadang kala terbias oleh sinaran mata. Maaf kerana tidak terucap dan tiada keberanian untuk menyatakan...biar saja ia berjalan dan mengikut rentak kehendak Tuhan.

Monday, August 1, 2011

selalu

selalu bersahur bersama ibu,
nescafe disisi, berasap wangi...
selalu ibu mengejutkana aku,
santapan sederhana selalu tetapi mengeyangkan hati dan mindaku...
berbuka nanti akan ada ibu disisi,
tapi hanya sunyi...kadang-kadang hanya batuk terjadi...
ibu, aku akan sentiasa disisi.

Tuesday, July 26, 2011

Andai dia berpisah,adakah awak masih menerima dia?


Terlalu sukar untuk aku menjawab soalan itu, terlalu payah untuk jujur sebenarnya kerana aku tidak pasti apa yang aku rasa dan tidak ketahuan tentang api cinta tidakpun bara-bara cinta yang mungkin masih ada,setidaknya abu cinta itu sendiri yang masih terasa panasnya...jujur hatiku tidak pasti...aku ingin jujur pada hati tetapi entah hilang kemana kejujuran, entah hilang dalam aku menipu diri sendiri. terlalu tidak pasti dan hal ini yang kadang-kala menggores sedikit ketumpatan keyakinan diri. Not seeing that loving you is what i am trying to do. Andai aku katakan bahawa that you will never be replace mungkin terlalu angkuh kenyataan itu dan kerana itu aku tidak pasti kerana ini soal hati yang kekadang aku sendiri menipu diri malah aku tertipu dalam tipu itu sehingga tidak pasti dimana aku berpijak dan hilang punca kenyataan yang hakiki. Berada dalam bilik gelap tanpa cahaya dan bertemankan sekat-sekat nafas yang hampir putus, terasa asa sudah tiada, longlai langkan tidak lagi melanggkah dan tangan tidak lagi mampu merangkak...sebak datang dengan tiba-tiba tapi masih aku sembunyikan dalam hilai tawa agar tidak terlalu terasa sunyi yang sebenarnya mengcengkam. Butir hujan turun dengan malas dalam malam yang tidak berbulan, andai ia mampu bersihkan bersama selaput rasa semalam.

Thursday, July 7, 2011

?

perlahan aku mendayung,sayup terasa jauh. hati kian mengah memikirkan ibu halimah. berita yang sampai membuatkan aku terasa dingin,sejuk dan takut, tapi aku harus kuat, kerana aku tahu aku boleh selesaikan setiap masalah ...ibu akan terus d isitu bentak hatiku, tidak mungkin akan ku bawa balik kerana seperti menjempu maut. tidak kerana seorang doktor cina yang muda yang baru yang tidak tahu persoalan sebelum itu.

Sunday, July 3, 2011

menyemai cinta?

terlalu sukar untuk mengukap kata itu, terlalu payah untuk menyebut dan terasa asing dalam diri.
ia perlu disemai, disiram dan dibaja, namun ia perlu bermula dengan dengan benih, dan persoalan pertama, diman perlu dicari benih itu? benih pula tidak pula yang hampa. dan terasa terlalu sukar untuk mencari dan mustahil untuk datang sendiri.