Monday, January 30, 2012

one more step

one more step and the only step that will bring me back to home that i drown to be...but why there are still hands that hold me on?biarkan...bebaskan aku...hanya satu langkah itu yang aku mahu...hanya langkah itu....

Sunday, January 15, 2012

batu tahun itu.

berdiri di tepi pantai, mengambil seketul batu yang entah dari mana lalu aku baling ke laut. tidak jauh kerana kembali ia dibadai ombak. aku terlupa aku di laut dan bukan di sungai yang aku pernah membesar seketika dulu. batu tersenyum menyindir.

Saturday, December 10, 2011

Harum mawar...aku rindu!

Rintik hujan membawa bersama kenangan yang menyuburkan mawar di halaman, kembang dan wangi lalu menenggelamkan duri-duri yang tersembunyi. Aku petik dan terlintas akan kenangan dulu yang mengasak lalu menerbitkan rindu. Mawar aku petik, aku ramas semahuku dan wangi mengalirkan air mata rindu lalu tumpah di kelopak mawar itu.

Wednesday, November 2, 2011

rindu

rindu mengasak dan membelah dada, merobek setiap luka yang ada...rindu kepada bonda yang amat-amat aku cinta. rindu berteman air mata dan rintih hujan yang meruntuh jiwa. hanya hati Al-qurqn buat bekal aku untuknya...mak, terlalu pahit untuk ditelan, terlalu sakit untuk melepaskan...semoga mak berada bersama mereka yang beriman...

Thursday, October 20, 2011

sunyi dan sepi

Terasa sunyi, amat sunyi, terlalu sunyi bilamana mentari sembunyi dan malam mula menyendiri bersama bulan yang cahayanya kuning. Aku hanyalah kerdil bersama sepi, menangis di sejadah dan menadah kepada Ilahi. Cuba memujuk diri setelah waktu untuk ibu terhenti dan kembali kepadaNya dengan wajah berseri seperti meminta merelakannya pergi.

Monday, October 17, 2011

seri bonda

wangi air mawar bonda melekat pada badanku dan kekal saat aku menghantar bonda ke lahad, saat aku peluk bonda untuk berjanji bertemu di akhirat...saat aku membuka balut kafanya, saat aku menutup kayu lhunya...saat terakhir aku melihat kujur jasadnya...mukanya berseri saat terakhir aku mengucup pipinya dan air mata aku jatuh ke dahinya.

Sunday, October 9, 2011

andai...

Memandang ke luar jendala setelah hari hujan. Masih menitik malas saki di hujung atap. Serasa kuat bacaan Al-quran di musolla yang menjemput magrib. Badan terasa lemah, tidak sempat berehat mungkin petang ini. Sunyi, aku sunyi benar. Terasa kosong setiap ruang, cuba mencari tapi tidak berjumpa. Mungkin rasa itu telah lari? Atau mungkin aku yang lalai ketika ia datang? Adakah aku sendiri yang tidak pasti kerana telah lama tidak memberi masa dan ruang untuk diri sendiri? Mungkinkah? Tapi ruang dan masa amat singkat untuk aku sekarang ini, seperti sedang berlari, andai dia boleh bersabar agar aku bisa berdiri dan menguap untuk menyedup udara dinihari dan setelah bonda mukanya berseri...andai...