Monday, July 23, 2012

The lorax...how i wish


How i wish that i still get a chance to watch this little yellow, furry creature with her and she will say, the lorax is plump and sexy just like you. Grumpy yet heart warming person and has all the love that sound in the air.

Thursday, July 19, 2012

american reunion otw

don't miss understanding my post. i'm having some private time watching american reunion...i'll post the review...until then, got to go

Sunday, July 15, 2012

teman pengganti

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus kusingkap
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang kupuja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah kukemas, katil dah kurapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti



Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Wednesday, July 11, 2012

naluriku

Mawar merah yang ku cium
Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatku tak karuan

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku

Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku

Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia, berharaplah

Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi


Sunday, July 8, 2012

andai ada cinta, hadirkanlah?

terlalu berat untuk diluah, tersekat bagai khuldi, ditelan tak lepas, diluah tersekat. mungkin terlalu takut, takut, tapi takut pada apa? takut pada siapa? pada bayang atau masa? atau pada gelap yang sentiasa menjengahj? atau rasa itu sendiri tak mahu hadir kerna letih atau ia sudah malas? habis pada apa, siapa dan bila? atau bagaimana ia mahu lagi? mungkin tidak kena dengan selera atau tidak beraja oleh nafsu? atau mengkin kerna takut tak terlarat untuk dipikul atau dibawa bersama nanti. atau, jika ia benar, hadirkanlah...?

Wednesday, July 4, 2012

bentakan jiwa

terasa kosong dan tak terisi, walau aku rasa sedikit yang menanti. andai itu betul dan sudah takdir, pasti akan tiba nanti. tapi saat ini amat kosong dan lohong, terlalu asing seperti berenang di sungai yang arusnya kuat, tebingnya hilang. hendak dikatakan pantai yang tiada tepianya, rasanya terlalu angkuh. aku cuba selam, cuba faham tapi jawapannya terlalu kelam, amat dalam untuk aku suluh dan terlalu legam. suatu hari nanti...suatu hari nanti.

Tuesday, July 3, 2012

sejenak

terleka sejenak, mungkin asyik dengan lena. namun keletihan diri yang mengurut segala urat-urat yang ada tidak memberi peluang untuk terus hanyut dalam mimpi. tapi mimpi itu indah, ada bahagia dengan sedikit duka, sama seperti gulai yang lemak, tidak terlalu masin, manis dengan isi dan pedas dengan lada yang sedikit. aku ingin terus lena, tapi takut nanti ada yang mengusik dan juga takut takkan lagi bangkit dari lena yang sedikit. harapnya perjalanan yang masih panjang ini tidak akan sunyi lagi seperti berdiri di tepi laut yang disergah ombak-ombak yang nakal.