usah kau resah,
usah kau gelisah,
kerana sesungguhnya
cinta ALLAH tetap
bersama kamu semua,
cintaNYA yang hakiki untuk semua...
Wednesday, July 7, 2010
Tuesday, July 6, 2010
sejuk
angin dari aircond berderu kat muka aku, terasa sejuk dan dingin. mata pula dah mula gatal, itu petanda aku sejuk. aku gosok mata yang makin gatal, dan tiba-tiba satu suara tergiang dalam kepala "abang, jangan gosok mata tu, nanti sakit", entah mengapa aku rindu, rindu dengan suara tu, dengan teguran tu dan buat seketika, masalah yang selalu berkejar di dalam kepala berhenti berlari, aku jadi tenang...tapi tak lama sebelum aku sedar semula.
disaat aku jatuh begini, aku amat perlukan dia, tapi itu semua hanya satu igauan dan aku mengalah,
tempuh semua walau tak gagah...aku harus, aku mesti...kuat,bulatkan semangat walau sudah tidak ada kudrat.

Monday, July 5, 2010
langkahku tak selaju
langkah kakiku tak selaju dulu, seperti diikat bersama batu yang dilempar mereka yang tidak bersetuju denganku.
mereka hasad, dan aku terlalu bodoh kerana percaya.
darah muda yang bergelegak ingin memuntahkan segala amarah tapi aku masih waras dimana bumi aku berpijak.
aku akan terus melangkah walau longlai dan sumbang...
selagi aku mampu,
kerana ini semua pinjaman kudrat daripada Tuhan.

Sunday, July 4, 2010
pagi ini...
pagi ini sejuk, terasa tusukan hawa aircond menusuk terus ke sum-sum tulang. terasa sukar untuk bernafas, seakan tersekat di rongga hidung.namun udara sejuk di sekeliling masih tak mampu untuk sejukkan hati naku yang sentiasa panas membara. semacam marah, benci, hampa dan ingin memberontak. aku cuba kuatkan diri, agar tidak terus tenggelam dan amarah ini memakan diri.
aku pekakkan telinga, butakan mata dan mengunci bibir agar keadaan tidak terus merungcing.
berilah aku jalan wahai Tuhan semesta alam.

Thursday, July 1, 2010
mampukah aku?
mampukah aku untuk butakan mata,
dan pekakkan telinga?
mampukah aku
untuk terus tidak menghiraukan mereka?
dan tidak terus bangkit menentang seperti singa kelaparan?
sebetulnya aku dahaga,aku lapar kepada darah mereka.
dan mampukan aku untuk kembali bangkit setelah jatuh berkali-kali?
aku tak sekuat itu,
aku tak seteguh karang yang berdiri dilautan menghambakan diri kepada laut yang terus dilanda ombak badai yang menggila.
aku juga rapuh, seperti kaca dan tidak seperti permata yang teguh untuk menghancurkan segala rintangan yang mendatang, berdiri walau dijuji berkali-kali.
aku hanya aku, hamba yang tak mampu berbuat apa-apa tanpa izinNYA.
bantulah aku Tuhan...hamba Mu yang lemah lagi hina ini.

Wednesday, June 30, 2010
bukan senang ingin membetulkan
dan bukan senang ingin mengubah,
dengan apa yang mereka kata,
apa lagi yang mereka fikirkan.
kerana diantara mereka ada dua bibir yang tidak pernah dikunci,
malah sentiasa dahaga untuk mercakap dan disumbati.
aku mesti kuat meskipun sakit hati,
kerana aku belajar daripada jalan yang orang tidak mahu lewati...

Tuesday, June 29, 2010
tenangkan diri
aku banyak membaca tentang sabar dari pak shahnon,
menyelusuri butir-butir katanya yang dicedok daripada AL-Quran.
dan untuk itu, aku cuba tenangkan diri.
aku tahu mereka takut untuk bertanya, apatah lagi bersuara ketika aku ada.
pelbagai cerita kini sudah senyap seketika kerana aku ada.
namun ia takkan sunyi selagi ada mulut yang berbunyi.

Subscribe to:
Posts (Atom)