Wednesday, July 28, 2010
aku mahu jujur pada diri sendiri. aku ingin terusi kejujuran ini walau aku tahu pahit itu akan terasa di mana-mana. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan ini agar rasa pahit itu mampu menjadi madu.
aku katakan pada diri, andai itu telah ditetapkan untuk kebaikan aku, maka Dia akan mudahkan jalan ini. Tetapi Ya Allah, semakin aku menuju untuk itu, makin terasa susahnya lorong terpilih ini. Atau mungkin sahaja aku tidak cukup kuat mengharung dugaan, kerana hujungnya pun aku tidak pasti bagaimana.
peringatan untuk diri dan semua...
aku tersekat di pertengahan...kini aku cuba untuk melepaskan segala, agar mereka sedar...agar aku sedar...
daripada Imam Hasan al-Banna.
daripada Imam Hasan al-Banna.
"Jauhkan daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai mereka dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik".
it's not easy.
i got a letter, but full with mistake, it's not my name on the paper, not mi ID numbers, not me...but i know that letter is mean for me. aku terima semuanya walau ia akan bawa aku lebih jauh ke hujung sana, klebih jauh daripada keluarga dan makin banyak perkara yang akan berlaku dan makin banyak liku yang menunggu...tapi aku redha...dengan ketentuaNYA...
Monday, July 26, 2010
aku redha dgn ketentuanNYA
ya Allah, aku pasrah, aku redha dan aku terima segalanya, aku telan setiap ujianMu wahai Tuhan yang maha agung. kerana aku tahu pasti ada hikmah disebalik setiap ujianMu. dan aku berharap agar kau sentiasa lindungi aku dan memberi petunjuk kepada ku agar aku tidak tersesat dijalan lurusMu...
Sunday, July 25, 2010
takkan berhenti berharap
Ya ALLAH, Engkau lindungilah aku, kekalkan aku dengan limpahan iman, agar aku tabah menghadapi dugaan, agar tidak ku berhenti dipertengahan...
Thursday, July 22, 2010
Allah...bantulah aku,hambamu yang lemah.
Ku sangka ia sudah habis, namun ia tetap lagi ada. Dugaan Allah sentiasa ada. Bukan mengeluh, bukan merintih cuma perlukan ruang untuk bebaskan rasa yang sentiasa pedih. Aku telah melakukan kesilapan wahai Tuhan sekelian alam. Dan aku tersesat dari dari jalan lurusMu. Terlepas gigitan dari taliMu dan aku terjatuh, cuba bangkit namun hentaman dari mereka yang dengki dan membenci terus menujah ke dalam dada. Bukan teguran atau huluran tangan untuk membimbing kesilapan tapi pulauan dan lontoran tomohan dan fitnah yang terus dihunus lalu tergelam ke dasar lubuk hati dan terus menghiris hati yang telah lama terluka dan tidak mahu sembuh. Ya Allah, berilah aku setitis kekuatan agar mampu aku tukarkan kepada selautan kesabaran untuk terus dijalan lurusMu dan teguh dalam menghadapi dugaanMu ini. Aku sedar Kau tidak zalim, tidak akan menguji hambaMu ini dengan dugaan yang aku tidak dapat tanggung, tapi ujian ini amat berat untuk aku pikul dan aku akan terus pikul kerana aku tahu ini adalah rahmatMu kerana Kau mencintai aku dan ingin mengingatkan aku dan agar tidak terus alpa. Dan kerana ini aku tidak akan sesekali takut untuk mencintaiMu kerana aku tahu Kau wahai Tuhan yang Maha Pengasih akan terus ada dalam setiap hembusan nafasku, dalam setiap denyutan nadiku dan dalam setiap dengupan jantungku...Kau sentiasa ada ya ALLAH...aku amat perlukanMu.
Subscribe to:
Posts (Atom)