Monday, August 9, 2010

aku "terlena"

aku terlena, terlena dengan bebanan yang terpikul. cuba memanjat langit, mencari redha-NYA...
walau jatuh tersungkur, aku cuba bangkit dan mencari senafas ketenangan untuk aku ubatkan hati yang sentiasa mendung dan dipagut resah. setiap hembusan nafasku, setiap denyutan nadiku,
setiap degupan jantungku, hanya untuk Mu ya ALLAH...solatku, hidupku, matiku hanya kepada Mu...

Ya Allah,

Ringankan beban perasaanku,

Dekatkan aku dengan rahmatMu,

Pinjamkan aku kekuatanMu,

Berikanlah aku yang terbaik dariMu.

Thursday, July 29, 2010

sesaat

berhenti sementara
untuk menghirup tiupan nafas sang alam
yang dibekalkan Tuhan agar kita terus berjalan, beribadat kepadaNYA sebetulnya...
tersungkur, jatuh dan cuba bangkit dan telah aku tinggalkan segala,
dan mereka tengah merasa betapa susah...biarkan...mereka perlu diajar kekadang.
dan aku percaya, ALLAH sentiasa ada ketika kita berharap.
dan aku sedang mencari kembali cintaNYA...
DIA tidak pernah tinggalkan aku, malah aku yang alpa,
dan sekarang, aku mahu pulang wahai Tuhan,
mahu pulang semula kejalanMu...
tunjukkan aku cahaya wahai Tuhan yang maha pengasih...
Tuhan yang maha pemurah dan Tuhan yang maha pengampun...
ampuni aku ya ALLAH...ampuni aku...

Wednesday, July 28, 2010

Tuhan...

Bila ku tersungkur..Jangan pernah Tuhan Kau biarkan aku sendiri..

aku mahu jujur pada diri sendiri. aku ingin terusi kejujuran ini walau aku tahu pahit itu akan terasa di mana-mana. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan ini agar rasa pahit itu mampu menjadi madu.


aku katakan pada diri, andai itu telah ditetapkan untuk kebaikan aku, maka Dia akan mudahkan jalan ini. Tetapi Ya Allah, semakin aku menuju untuk itu, makin terasa susahnya lorong terpilih ini. Atau mungkin sahaja aku tidak cukup kuat mengharung dugaan, kerana hujungnya pun aku tidak pasti bagaimana.


akumemilih untuk mengikut arus. aku berdoa..aku berharap dan tidak takut untuk terus mencintaiNYA. Ini bukan ‘perjudian’. Walau yang buruk datang, aku mahu katakan Dia sedang menguji hambaNya. Andai yang baik tiba, aku minta Dia terus berikan aku kekuatan menjadi hambaNya yang tahu erti bersyukur.

peringatan untuk diri dan semua...

aku tersekat di pertengahan...kini aku cuba untuk melepaskan segala, agar mereka sedar...agar aku sedar...


daripada Imam Hasan al-Banna.

"Jauhkan daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai mereka dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik".

Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam, khasnya para da'ie agar menjaga lidah dan semua ini boleh dilakukan dengan meneropong kesilapan dan kelemahan diri mereka sendiri.

it's not easy.

i got a letter, but full with mistake, it's not my name on the paper, not mi ID numbers, not me...but i know that letter is mean for me. aku terima semuanya walau ia akan bawa aku lebih jauh ke hujung sana, klebih jauh daripada keluarga dan makin banyak perkara yang akan berlaku dan makin banyak liku yang menunggu...tapi aku redha...dengan ketentuaNYA...

Monday, July 26, 2010

aku redha dgn ketentuanNYA

ya Allah, aku pasrah, aku redha dan aku terima segalanya, aku telan setiap ujianMu wahai Tuhan yang maha agung. kerana aku tahu pasti ada hikmah disebalik setiap ujianMu. dan aku berharap agar kau sentiasa lindungi aku dan memberi petunjuk kepada ku agar aku tidak tersesat dijalan lurusMu...