Terlalu sukar untuk aku menjawab soalan itu, terlalu payah untuk jujur sebenarnya kerana aku tidak pasti apa yang aku rasa dan tidak ketahuan tentang api cinta tidakpun bara-bara cinta yang mungkin masih ada,setidaknya abu cinta itu sendiri yang masih terasa panasnya...jujur hatiku tidak pasti...aku ingin jujur pada hati tetapi entah hilang kemana kejujuran, entah hilang dalam aku menipu diri sendiri. terlalu tidak pasti dan hal ini yang kadang-kala menggores sedikit ketumpatan keyakinan diri. Not seeing that loving you is what i am trying to do. Andai aku katakan bahawa that you will never be replace mungkin terlalu angkuh kenyataan itu dan kerana itu aku tidak pasti kerana ini soal hati yang kekadang aku sendiri menipu diri malah aku tertipu dalam tipu itu sehingga tidak pasti dimana aku berpijak dan hilang punca kenyataan yang hakiki. Berada dalam bilik gelap tanpa cahaya dan bertemankan sekat-sekat nafas yang hampir putus, terasa asa sudah tiada, longlai langkan tidak lagi melanggkah dan tangan tidak lagi mampu merangkak...sebak datang dengan tiba-tiba tapi masih aku sembunyikan dalam hilai tawa agar tidak terlalu terasa sunyi yang sebenarnya mengcengkam. Butir hujan turun dengan malas dalam malam yang tidak berbulan, andai ia mampu bersihkan bersama selaput rasa semalam.
Tuesday, July 26, 2011
Thursday, July 7, 2011
?
Sunday, July 3, 2011
menyemai cinta?
ia perlu disemai, disiram dan dibaja, namun ia perlu bermula dengan dengan benih, dan persoalan pertama, diman perlu dicari benih itu? benih pula tidak pula yang hampa. dan terasa terlalu sukar untuk mencari dan mustahil untuk datang sendiri.
Sunday, June 26, 2011
terlalu dalam hidup
Hidup dengan kegembiraan itu satu anugerah tapi ia juga satu ujian. Malah hidup dengan derita itu satu ujian untuk insan yang dicintai Tuhan. Menguatkan jiwa dan membesikan perkasa. Setiap dari kita akan rasa gembira tetapi sedih itu sudah pasti tentunya kerana setiap yang hidup pasti akan mati.
Terlalu cinta membenihkan benci.
Andai semua cinta telah disulam, semua sayang telah diberikan lalu semua berubah, dan air mata yang ditahan mengalir lesu dalam kalbu dan dingin membeku. Ia satu petanda bahawa kita telah kehilangan cinta itu untuk selamanya. Dan tinggalkanlah harapan untuk kembali meneruskan asmara yang diimpi untuk dibina.
Andai diteruskan juga niat yang luhur itu, pasti akan tercipta benci yang akan memakan diri. Sekali membenci,maka benci itu akan terus subur dan mengalir dalam setiap vena yang menghubungkan semua sanubari.
Jangan terlalu cinta, agar tiada benci yang akan dibawa mati...
Monday, June 13, 2011
rahsia mama
Sunday, May 22, 2011
Subsidi, rakyat terlalu dimanjakan? Bodoh atau bangang?
Burung helang yang hebat telah mula terbang bilamana baru tumbuh bulu pelepah? Burung pipit masih disuap bilamana sudah penuh bulunya? Itu kenyataan paling bodoh serta bangang yang pernah aku dengar. Andai itu kiasan untuk subsidi dan kita adalah burung pipit, maka bagi yang menuturkan kenyataan diatas adalah manusia paling bodoh di muka bumi dan bagi mereka yang percaya adalah mereka yang paling bangang di muka bumi. Sedangkan amerika juga masih memberi subsidi kepada rakyatnya, inikan pula kita si burung pipit? Kalau betul kita ingin membandingkan diri dengan si helang amerika, kenapa kita tidak boleh menyediakan elaun bagi mereka yang bergelandanggan atau mereka yang menganggur sedangkan amerika boleh membeir elaun kepada rakyatnya yang homeless? Kerajaan terlalu taksub dengan subsidi sebanyak rm 20 billion kepada rakyat tetapi yang diberi sebanyak 90 billion kepada pihak-pihak tertentu tidak pula menjejas ekonomi? Kita memberi subsidi kepada semua kaum dan tidak kira pendapatan. Apakata kita memberi subsidi hanya kepada mereka yang bergaji 3 ribu kebawah? Ada kerajaan berani? Satu lagi kenyataan bodoh adalah barang tidak naik tetapi gaji sentiasa naik. Kalau nak tipu si peminta sedekah, boleh la dey...tolol punya orang. Para pelacur dan pondan di lorong haji taib pun tahu akan hakikat ini. Ini peminta sedekah di kota raya pun boleh dapat 300 ringgit sehari, kakitangan kerajaan ataupun mereka yang bekerja biasa yang lulusan ijazah pun hanya berpendapatan 90 ringgit sehari. Ron 95 sudah lah bermasalah, cepat meruap dan mudah terbakar, tambah pula sekali lagi, polisi kerajaan yang meletakkan kakitangan jauh dari rumah dan mereka terpaksa berulang alik, maka banyak minyak yang perlu digunakan, mana yang berjimatnya dey? Bodoh! Bila disebut pula tol, gaji sebulan hanya habis untuk tol dan minyak, camne ni dey? Lupa pula, pendapatan perkapita, rm4000 seorang? Memang berlaku jurang pendapatan yang jauh. Maknanya mereka yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Kita semakin menghampiri india dan menjauhi cina. Syabas kepada kerajaan...syabas! gong! Sekali lagi, kalu nak tipu budak sekolah rendah, boleh lagi rasanya tetapi cuba tanya para remaja sekarang, apa kata mereka. Dalam bidang pendidikan pula, kita gah dengan PPSMI dulu dan menyediakan satu kelas dengan satu LCD, ini baru boleh dilihat sebagai kena berpijak di bumi yanmg nyata, sedangkan amerika yang maju pun tidak sanggup menyediakan itu semua, jepun pun menangis mendengar khabar kita dan singapura hanya menggunakan ipad di sesetengah sekolah, kita satu kelas satu LCD...sekarang datanglah ke sekolah, dengan keadaanya. Berpijaklah di bumi nyata PPIM.