setiap tahun kamu pasti ingat...
dan aku rasa tahun ini kamu sudah terlupa,
luput bersama rasa...
andai kamu ada.....
Tuesday, October 24, 2017
Wednesday, October 11, 2017
menggetarkan rasa
seakan tidak percaya,
aku tatap, aku renung hampir setiap hari...
aku rindu,
namun tidak berbalas,
kerna salah dan dosa-dosa yang lalu:
dan sekarang kau tersenyum,
dan aku harap senyum itu manis,
bukan tawar seperti senyum yang aku punya.
aku tatap, aku renung hampir setiap hari...
aku rindu,
namun tidak berbalas,
kerna salah dan dosa-dosa yang lalu:
dan sekarang kau tersenyum,
dan aku harap senyum itu manis,
bukan tawar seperti senyum yang aku punya.
Wednesday, September 6, 2017
sedikit ujian dari yang Maha Esa
5 september, terima panggilan tentang rumah kene pecah masuk..terkejut, sedih tapi redha..jika itu yang tertulis...cuma tidak dapat berkongsi rasa, tiada tempat untuk meluah...
Wednesday, January 18, 2017
Aku tunggu kau pulang.
Mungkin ini yang terakhir kali
Kau kian jauh..dari mata dan apatah lagi dari hati ini..kau
makin menjauh
Tidak mampu untuk aku gapai,untuk aku rayu…walau bagaimana
jua cara
Terkesan dan sesal namun mungkin semua terlambat.
Hanya harap yang tetap aku simpan, andai satu hari kau pulang
ke pangkuan.
Tetap jua aku menanti dengan penuh senyum dan dakapan yang
terbuka kerna,
Hati ini sentiasa ada cinta yang tidak pernah terluah dengan
kata-kata.
Mungkin ego dulu memakan aku sedikit demi sedikin dan hari
ke hari.
Aku tunggu kau pulang.
Monday, November 21, 2016
ghaibmu
Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Biar ia bertanda tanya saja
Hati ku dah lama bertitik noktah
Biar, biar lah berlalu
Biar, biar lah begitu
Biar waktu mengubat rindu
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu
Biar lah mereka tertanya-tanya
Hati ku dah lama berganti arah
Mana pergi janji
Setia di sisi
Hanya aku yang tertunggu-tunggu
Waktu pun berjalan
Tak berkesempatan
Kau hilang tanpa pesanan
banyaklah orang menanam pulut,
saya seorang menanam padi;
banyaklah orang karam di laut,
saya seorang karam di hati.
Kesal hati
Mendongak ke langit,mencari bintang
Lupa,bahawa cahaya bulan sudah cukup terang.
Belayar ke laut,mencari bayu malam,
Lupa,di darat sudah ada hembusan angin sayu pepohonan.
Namun semua tidak memuaskan,kerna itu bukan satu permintaan.
Lupa,bahawa cahaya bulan sudah cukup terang.
Belayar ke laut,mencari bayu malam,
Lupa,di darat sudah ada hembusan angin sayu pepohonan.
Namun semua tidak memuaskan,kerna itu bukan satu permintaan.
Thursday, October 27, 2016
Setulus Kasih
Kerdipan bintang bertemankan duka nestapa
Seorang insan yang tidak henti berjalan
Mencari sinaran kebahagiaan yang ternyata
Walau malam menyerku sejuta rintangan
Biarpun dilanda kegelapan
Tetap kau menyinarkan harapan
Biarpun beribu onak duri yang ditempuh
Namun kau curahkan setulus kasihmu
Kedengaran bayu bertiupan sayu bumi
Tetapi nalurimu masih berdenyut sepi
Semangatmu membara walaupun suram perjalanan ini
Kerana kau tahu kelam malam takkan abadi
Demi niat suci kasih sayang
Seorang insan yang tidak henti berjalan
Mencari sinaran kebahagiaan yang ternyata
Walau malam menyerku sejuta rintangan
Biarpun dilanda kegelapan
Tetap kau menyinarkan harapan
Biarpun beribu onak duri yang ditempuh
Namun kau curahkan setulus kasihmu
Kedengaran bayu bertiupan sayu bumi
Tetapi nalurimu masih berdenyut sepi
Semangatmu membara walaupun suram perjalanan ini
Kerana kau tahu kelam malam takkan abadi
Demi niat suci kasih sayang
Subscribe to:
Posts (Atom)