Sunday, August 26, 2012

cheqz

Lahir dengan tangisan, esak kegembiraan ibu dan ayah. Membesar dengan kasih sayang, tak lama sebelum semua berubah. Ayah mengajar erti hidup, ibu mengajar erti kepayahan, erti hakikat hidup seluruhnya, agar tabah dalam dunia ciptaan Tuhan, mencari segala bekalan. SK Telaga ara tempat permainan, sebelum melangkah ke alam remaja di SMK Sri Gunung. Membawa diri ke MRSM Kuala Terengganu, berhenti sementara di Bangi, menghirup sedikit ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia yang dicintai. Mengisi kekosongan hati,serta menambah duka. Mencedok air pengalaman di sepanjang perjalanan, sebagai bekalan jika dipanggil Tuhan. Air pengalaman yang dicedok bercampur dengan kelodak-kelodak kegusaran, bersama buih cinta yang sementara, serta bermacam-macam apungan kemanisan dan pahit hidup. Semua memberi sedikit pedoman, erti hidup dan kepayahan sebetulnya. Hati yang tercalar membuatkan ia menjadi tegar, kuat, kukuh, seperti tiang seri utuhya. Mencari yang hakiki, yang pasti. Melata di bumi Tuhan, dengan bekalan yang terus disimpan, moga berjumpa kebahagiaan di hadapan, agar dapat dikongsi bersama teman.


 

No comments:

Post a Comment