Terlebih dahulu aku kemaskan semak-semak yang akan digunakan
untuk memasang bubu nanti. Ironi, kemaskan semak-namun itulah perkara pertama
yang perlu dibereskan. Tebas pokok-pokok renek yang boleh menganggu burung sita
nanti. Dihujung semak telah siap bubu yang akan dipasang. Pasang bubu bukan
mudah dan aku sendiri pun tak pandai. Ayah sendiri yang akan pasang bubu nanti.
Malam tu, aku pasang rakaman bunyi burung guna tape! Tak lagi guna buluh siul. Zaman
dah moden, pasang tape dan tinggal. Dulu, siap kene usik dengan hantu masa guna
buluh siul kata ayah dan kene berjaga malam. Sekarang mudah, play and leave. Esoknya
pagi-pagi aku dah bersiap. Dengan kayu untuk membedal semak samun. Kami bermula
dari hujung semak menuju kea rah bubu. Agar burung sita yang turun semalam yang
tertipu dengan tape rakaman suara burung akan lari dan terus menuju kea rah bubu.
Namun perlu bersedia agar burung yang culas akan dapat ditangkap terus. Usaha kami berhasil, 15 ekor burung bermata
merah, berkaki merah dan berbulu perang dan hitam yang sama saiz dengan burung
puyuh Berjaya kami tangkap.
Pukat burung yang panjang 100 meter terhampar. Dah siap kene
kelawar lagi! Malam makin kelam. Tape sekali lagi aku guna! Nak guna buluh
siul, takut-takut burung yang dipanggil, kelawar yang datang. Tak pandai punya
pasal. Burung ayam-ayam ni rumit. Perlu guna pukat-perlu guna loceng dan perlu
tunggu! Jam 2 pagi, loceng hujung berbunyi. Aku bergegas dan seekor ayan-ayam
sedang mengelupar di dalam pukat. Aku pegang muncung! Ayam-ayam ni mengigit. Silap
haribulan, mata yang jadi sasaran. Boleh buta jawabnya. Rutin malam tu
berlarutan ke subuh dan 5 ekor ayam-ayam yang Berjaya ditanggkap. Mengapa dipanggil
ayam-ayam? Burung ayam-ayam jantan ada balung seperti ayam! Aku membonceng mota
bersama ayah dan senapang di belakang. Ini pengalaman pertama menembak
ayak-ayam, selalunya aku hanya menembak tupai. Adik aku sudah bersedia dihujung
sawah. Dan bila dia memukul pujuk padi, seekor ayam-ayam terbang lari. Aku yang
telah bersedia terus meng aim burung tadi dan “bang” burung tu jatuh! Tak mati
sebab kene sipi-sipi. Nasib baik kene, kalau tak malu dibuatnya! Ayam-ayam,
burung kawalan, memburu, menagkap adalah salah jadi kene barhati-hati dengan
perhilitan. Kami meneruskan aktiviti menembak dan banyak yang terlepas daripada
yang terkena. Hanya 2 ekor dan aku cukup puas!
No comments:
Post a Comment