Sunday, June 26, 2011

terlalu dalam hidup

Hidup dengan kegembiraan itu satu anugerah tapi ia juga satu ujian. Malah hidup dengan derita itu satu ujian untuk insan yang dicintai Tuhan. Menguatkan jiwa dan membesikan perkasa. Setiap dari kita akan rasa gembira tetapi sedih itu sudah pasti tentunya kerana setiap yang hidup pasti akan mati.

Terlalu cinta membenihkan benci.

Andai semua cinta telah disulam, semua sayang telah diberikan lalu semua berubah, dan air mata yang ditahan mengalir lesu dalam kalbu dan dingin membeku. Ia satu petanda bahawa kita telah kehilangan cinta itu untuk selamanya. Dan tinggalkanlah harapan untuk kembali meneruskan asmara yang diimpi untuk dibina.

Andai diteruskan juga niat yang luhur itu, pasti akan tercipta benci yang akan memakan diri. Sekali membenci,maka benci itu akan terus subur dan mengalir dalam setiap vena yang menghubungkan semua sanubari.

Jangan terlalu cinta, agar tiada benci yang akan dibawa mati...

Monday, June 13, 2011

rahsia mama

Rahsia ummi? Abang nak? Ayang belanja...tapi tangan ini gatal menjemput maaf dari sorga. Dan aku belajar tentang zikir shifa dengannya. Aku menggelamun sendiri, berapa ALLAH itu bekerja dengan cara yang kita tidak pernah tahu kerana sewaktu diduga Tuhan, aku banyak berdebat dengan zikir shifa, untuk sembuhkan hati sebetulnya dan sekarang aku bergelut dengan zikir shifa untuk bonda. Andai waktu itu aku mengambil rahsia ummi, pastinya aku akan jauh dari zikir shifa dan akan lara hati ini tidak berubat. Sambil menunggu bonda yang qiam, aku membelek rahsia ummi yang mana aku tafsirkan biasa pada awalnya namun ia cukup menyentuh kerana putaran hidup kita sama, berada disini kerana terpaksa dan sesekali terasa amat benci kepada kemiskinan namun tidak membenci mereka yang miskin. Aku membenci kemeskinan kerana dimana aku berada adalah atas desakan kemiskinan. Andai aku lebih kuat dan tuhan bersamaku, namun ALLAH merangcang sesuatu dengan bersebab. Tetapi percayalah, cinta hanya satu, hanya satu walau apa yang berlaku. Cinta tidak mesti berakhir bersama. Sekali bercinta ia akan menyentuh seumur hidup. Walau mungkin ada terbit benci dihatinya, hati ini tidak pernah berubah dan andai ALLAH memberi peluang itu sekali lagi, pasti aku tidak persiakan kerana ia anugerah, dan masih bersisa janji yang sudah.