Tuesday, July 30, 2013

Antara ingin dan tak mampu




Antara ingin dan tak mampu, aku tersepit dan aku jadi pengecut. ya, aku pengecut kerana aku cinta kamu tetapi aku tak mampu untuk memiliki kamu serta untuk meninggalkan dosa semalam. Aku dibakar rasa rindu namun lemas dalam rasa takut. Terlalu rindu sehingga kadang-kadang mengalir air mata tampa diduga. Lemas dalam rasa takut apabila sering terbayang kita hidup bersama namun tidak bahagia. Alasanya hanya noda hitam yang tercalit pada diri pasti menjadi ungkitan apabila berselisih faham. Nah, itu sebenarnya.  Maafkan diri ini kerana menjadi begitu pengecut. Kau putih ibarat kapas, tak sanggup untuk aku kotorkan dengan dengan tangan yang tercalit hitam. Kau mulia sedangkan aku hina. Walau sebesar mana impian, walau sekuat mana keinginan, namun ia tak mampu melupuskan rasa takut yang aku alami. Tidak mampu melenyapkan rasa bersalah serta bayangan yang kita pasti akan berbalah dan hal ini pati akan diendah, diungkit dan berbangkit. Maafkan aku kerana aku ingin tetapi aku tidak mampu...

Tuesday, July 23, 2013

Bingkisan ini untukmu...ya kamu.



Andai tersalah dalam pertuturan, andai terkhilaf dalam perbuatan,jika benar itu aku lakukan, maafkanlah kerna aku tidak sempurna. Melukai dalam tidak sedar, meghiris hati dalam aku meyendiri, sebenarnya banyak yang ingin aku bicarakan. Terbentang yang ingin aku luahkan namun aku risau, aku takot, nanti aku lagi banyak melukai daripada mengubati. Diri sendiri masih tidak terjaga dan penuh noda serta dosa, aku tak mampu untuk terus berbicara tentang kita. Mungkin juga untuk menjelaskan apa yang berlaku dan menafikan andai ada tuduhan palsu yang sampai ke telinga mu yang mana kamu tidak menyaksikan sendiri perkara itu.ah, terlalu sukar untuk dijelaskan dan dipertuturkan. Sebenarnya aku tersepit, diantara tanggungjawab dan kehendak, diantara mencintai dan memiliki atau dimiliki. Kehendak dan tanggungjawab berada dalam ruang yang sama, saling menolak dan tidak serasi. Namun sedikit kata hati membenarkan bahawa tanggungjawab itu  perlu diperhalusi. Kehendak itu seakan nafsu kata hati...perlu dikorbankan untuk insan lain yang lebih memerlukan walau kita sendiri terkorban. Lagipun kita ini milik Tuhan yang Esa. Kita hanya pelakon dan nyawa ini, roh ini dan tubuh ini hanya pinjaman.maka berbaktilah kepada mereka...mereka yang meminta dan amat memerlukan. Bukan kamu tidak memerlukan tapi insan lain lagi kesuntukkan. Selalu aku bicarakan mencintai tidak bermaksud memiliki, dan itu sememangnya aku maksudkan kerana aku tahu bagaimana rasa pahit mencintai itu, bagaimana rasa pedih tidak dapat memiliki kamu. Aku selalu memujuk diri...Allah bekerja dengan cara yang tidak pernah kita tahu.noktah. sehingga saat ini sebenarnya, kehilangan dan keterpaksaan aku lepaskan kamu amat perit untuk aku telan. Tidak terdaya dan tidak tertanggung rasa jasad dan kalbu namun perlu aku gagahkan walau aku terkulai di dalam. Ya, sebetulnya aku tidak mampu, setiap senyuman dan gelak tawa yang aku lemparkan dihiasi oleh titisan air mata yang amat mahal tika malam. Seandainya kamu mengerti dan mengetahui. Dengarkanlah, aku mencintaimu sepenuh hati namun untuk aku memiliki mu itu sesuatu yang amat jauh, seperti mengapai bintang di langit, kerna cinta ini tidak layak untuk kamu, cinta ini penuh noda dan dosa silam yang tidak mungkin dapat aku hapus, dapat aku tebus kerna kau lebih layak mendapat yang lebih baik dari itu. Lebih baik dari aku sebetulnya dan sejujurnya. Agar kamu bertemu bahagia, aku sanggup telan setiap derita. Aku lepaskan rasa hati, aku lepaskan kau pergi, aku lepaskan semua, aku lepaskan agar kau bahagia.

Monday, July 15, 2013

sweetness of bitter.

having iftar, looking at the food, my heart melting. how i miss her, how much i miss her!her love, her care, everything about her are playing like a movie in my head, when suddenly it stop just like that. i can't recall the last time i have meal from her but still i can taste the sweetness of her food, of her love. a mother touche is everything, in anything...for something. now it's gone for good. not much that i can give her but my pray for her to rest in peace...some reward from my prayer i dedicater specially for her...true love, a mother's love...

how i miss her...in memory of al-hajjah halimah...wan halimah.

Saturday, July 13, 2013

MENGETUK PINTU KATARSIS (mereguk kemanisan Islam)

nafas Islami yang kumesrai ketika ini adalah langit malam 
yang meluruhkan butir-butir gerimis menguncupi ruang 
atma tatkala dinginnya menyerakkan ketenangan memesrai 
seluruh peribadi dan pintu-pintu makrifat pun terbukalah 
membawa seluruh jiwaku mengenali setitis wajah-Nya yang 
Maha Agung itu hingga terbakarlah segala zarah oleh cahaya 
kesucian-Nya ketika kun-Nya adalah kudrat kesegalaan yang 
tidak tertandingi oleh makhluk-Nya yang Dia ciptakan dengan 
penuh rahman dan rahim serta Dia pinjamkan sedikit kudrat 
agar tulang-temulang tegak dan sendi-sendi dapat bergerak 
dengan seluruh pengabdian hanyalah kepada-Nya serta tidak 
mungkin akan terlupakan perjanjian yang telah kupateri 
dengan-Nya ketika jiwaku masih mengawang di alam arwah 
tatkala kuakui akan ketuhanan-Nya yang tiada satu pun dapat 
menyetarai-Nya dan segala-galanya pun terbuktilah bahawa 
laman Islami yang kulalui ini benar-benar mewangi dengan 
debunga kebahagiaan dan di sinilah gua katarsis yang 
kudiami dengan penuh kemakmuran... 

A. Muziru Idham,
Generasi 90

Thursday, July 11, 2013

How i miss him...



He is a father; he is a leader, an advisory, an engineer who helps to construct my future. The lost is so great and leaves big empty space to fill. He is a captain who left a big ship to a young skipper who knows nothing about life. To be true, inexperience, unready first mate. He makes me his first mate from a really green horn. He put his entire trust on this deck boy who does know nothing. How i wish he still here, giving directions and help to navigate this ship. How i wish you were here. 


In memory:
 

Bagaimana akan kita katakan A. Aziz Deraman

Pokok gawat telah berakar
di serata daerah wilayah
amat sukar bagi kita bongkar
selagi keyakinan kian parah
silap langkah merelakan darah

Bagaimana akan kita katakan
percayalah kita masih miliki kehidupan
selama suria bersinar bulan mengambang
kita tetap atur bijak kesempurnaan
baik selesa bagi zuriat masa depan

Bagaimana akan kita katakan
percayalah tiang-tiang negara miliki kekuatan
selama warga sepakat memupuk perpaduan
kita tetap akur hak dan keadilan
demi kesatuan kukuh tegap bertahan

Bagaimana akan kita katakan
percayalah tradisi budaya kekali di tangan
selama nilai terbaik masyarakat amalkan
akan tiada fitnah tiada pun pakatan
dengan kehendak-Nya tidak runtuh peradaban

Bagaimana akan kita katakan
bukanlah kita, maka pohon bangsa tumbang
akar budayanya kuat mencengkam
batang dan dahannya saluran kehidupan
berdaun kesenangan berbunga kebahagiaan