Thursday, September 29, 2011

muncul abadi atau sementara hati?

sejak beberapa hari, seperti bertemu semula rasa yang telah lama tertinggal, namun masih jangal walau hati amat mendesak. ingin aku meneruskan tapi seperti bermain tarik tali. ingin sekali aku mengenali tapi masih tidak berdaya kerana kepercaya dia terhadap aku masih lagi kabur barangkali...semoga Tuhan merestui.

Thursday, September 15, 2011

pure love

Rindu bertandang sambil kenangan mengasak kotak fikiran dengan tusukan-tusukan tajam wajahnya yang selalu senyum nakal. Terasa hati digigit dengan rakus dengan setiap imbauan sejarah yang masih terasa segar benar seolah baru berlalu semalam. Lembaran lama masih lagi mengulang-ulang seperti tidak mahu mengalah dan tidak ingin membenarkan hari ini untuk meneruskan sisa-sisa hati yang masih ada, yang belum menjadi debu dan hanyut bersama air mata. Aku bermimpi engkau terlena dan aku berada disisi mu, menemani malam mu. Hangan nafas mu membaluti tubuh ku, ku ingin kau tahu bahawa hidup ini tidak bermakna tanpa mu. mikham tane ghashangeto, bezary ta hamisheh...

Wednesday, September 7, 2011

masa diriku

Malam terus berlalu, tiada hujan, Cuma angin panas menghangatkan malam. Aku mengepulkan asap rokok di pangkir, mengintai bintang dilangit yang tidak berbulan. Mungkin anak bulan masih malu dan bersembunyi dibalik awan. Hanya ternampak kelawar yang kadang-kadang menangkap serangga. Entah putung keberapa aku sudah tidak terkira, hanya bunyi belalang menyanyi ditepi rumah. Aku panas, tidak berbaju hanya berkain pelikat, aku pakai singkat-singkat agar dapat ku rasa angin yang malu-malu bertiup. Banyak beban yang aku pikul terasa tidak tertanggung. Ini hanya masa aku menjadi diri sendiri, tidak ketawa untuk sesiapa, tidak menghiburkan dan tidak terhibur. Apa yang aku pikul, aku fikirkan masa ini. Esok tiada lagi, kerana aku perlu senyum, bergurau dan melupakan setiap masalah, perlu menghiburkan dan terhibur. Malam esok belum tentu aku punyai masa seperti ini, masa untuk diri aku sebetulnya.

kenapa

Ketika kaki sedang asyik menekan pedal minyak semasa aku dalam perjalanan pulang dari Terengganu, tiba-tiba kenangan lalu mengusik jiwa. Belaian dan hilai tawa serta manjanya aku rindu. Entah mengapa aku terbayangkan dia berada disisi semasa itu, bercakap, duduk bertempoh, senyum padaku dan melayan aku seperti waktu dulu. Semuanya Nampak nyata, jelas dan hidup. Adakah aku rindu atau hanya kenangan yang mengusik sengaja lalu? Namun, apa yang pasti, yang pergi sepertinya pasti tidak akan kembali bersama seperti dulu dan harapan aku sudah lama mati bersama hati dan aku harap ia lenyap bersama nyawa nanti. Kenapa terlalu payah? Kenapa terlalu cinta dan kenapa? Kenapa semua terjadi disaat hati sepenuhnya mencintai?