Thursday, October 27, 2016

Setulus Kasih

Kerdipan bintang bertemankan duka nestapa
Seorang insan yang tidak henti berjalan
Mencari sinaran kebahagiaan yang ternyata
Walau malam menyerku sejuta rintangan
Biarpun dilanda kegelapan
Tetap kau menyinarkan harapan
Biarpun beribu onak duri yang ditempuh
Namun kau curahkan setulus kasihmu
Kedengaran bayu bertiupan sayu bumi
Tetapi nalurimu masih berdenyut sepi
Semangatmu membara walaupun suram perjalanan ini
Kerana kau tahu kelam malam takkan abadi
Demi niat suci kasih sayang