Friday, October 30, 2009

apabila rindu berzikir

Zikir Rindu…
CINTA itu bagaikan cahaya,
Bersih murni, lurus mulus. Lembut dan seni.
Malangnya, tak teraba dalam rasa. Tak terucap dalam nikmat.
Tak nampak dalam melihat. Ragu dalam percaya, rajuk menguji rindu.
Ia halimunan diantara jaga dalam tidur.
Sepertiga malam tenggelam dalam zauq, dalam kenikmatan.
Dunia cinta adalah halimunan. Dataran kasih tempat permainan.
Bertemu dalam suara, berjumpa dalam rasa,
Mengamit kenangan, mengganti cumbuan.
Cinta kasih adalah keinginan untuk memberikan,
Bukan keinginan untuk meminta atau mendapatkan.
Dan kerana itu…
aku menyiram kasih kepada isteri yang luluh hidupnya,
Dan kepada kekasih yang bersinar cintanya,
Dan kepada wanita yang sejati sayangnya…
Aku persembahakan zikir rindu ini kepada mu,
Demi kesabaran melayan kerenahku.
Demi kesejukan kasih kau curahkan ketika aku terbakar oleh amarahku.
Demi kesopanan mu yang menjaga maruahku.
Semoga hidup ini dinanti oleh bahagia di hadapan,
Harapkan muncul kenikmatan,
Yang akan menghadiahkan cinta bersinar di sisi Tuhan.

No comments:

Post a Comment