Tuesday, July 26, 2011

Andai dia berpisah,adakah awak masih menerima dia?


Terlalu sukar untuk aku menjawab soalan itu, terlalu payah untuk jujur sebenarnya kerana aku tidak pasti apa yang aku rasa dan tidak ketahuan tentang api cinta tidakpun bara-bara cinta yang mungkin masih ada,setidaknya abu cinta itu sendiri yang masih terasa panasnya...jujur hatiku tidak pasti...aku ingin jujur pada hati tetapi entah hilang kemana kejujuran, entah hilang dalam aku menipu diri sendiri. terlalu tidak pasti dan hal ini yang kadang-kala menggores sedikit ketumpatan keyakinan diri. Not seeing that loving you is what i am trying to do. Andai aku katakan bahawa that you will never be replace mungkin terlalu angkuh kenyataan itu dan kerana itu aku tidak pasti kerana ini soal hati yang kekadang aku sendiri menipu diri malah aku tertipu dalam tipu itu sehingga tidak pasti dimana aku berpijak dan hilang punca kenyataan yang hakiki. Berada dalam bilik gelap tanpa cahaya dan bertemankan sekat-sekat nafas yang hampir putus, terasa asa sudah tiada, longlai langkan tidak lagi melanggkah dan tangan tidak lagi mampu merangkak...sebak datang dengan tiba-tiba tapi masih aku sembunyikan dalam hilai tawa agar tidak terlalu terasa sunyi yang sebenarnya mengcengkam. Butir hujan turun dengan malas dalam malam yang tidak berbulan, andai ia mampu bersihkan bersama selaput rasa semalam.

No comments:

Post a Comment