Tidak seperti wirawan yang dibasuh oleh hujan, embun, dan
panas mentari, ini dosa antara aku dan Tuhan, antara makhluk yang bernama insan.
Tidak hilang kesan walau dipanas mentari, disejuk embun atau dibasuh hujan.
Setiap kali melihat wajah mu, aku terkedu, hilang kata-kata dan terasa seperti
tidak berdaya. Tiada mampu sebetulnya. Ingin berdepan selamanya dengan rahsia?
Itu aku tidak mampu kerana aku cinta. Dan kerana aku sayang. Dan sebetulnya
jika kamu terima, akan pasti tiada bahagia kerana dosa semalam pasti menghantui
jiwa. Itu sepastinya! Kamu layak mendapat lebih yang aku mampu. Jadi, aku
lepaskan mu kerana aku cinta akan kamu kerana aku faham, mencintai tidak
semestinya memiliki.
No comments:
Post a Comment