Aku haus, dahaga sebetulnya…namun ‘perempuan nan bercinta’
tidak mampu mengilangkan kering di tekak ini, tidak seperti ‘bedar sukma bisu’
dahulu yang membuatkan aku lemas dalam lautan cinta. Perempuan ini padat dengan
mazhab ahlul bait kata penulisya. Namun telah hilang seri dan jati diri dia
yang dahulu. Falsafah tiang seri tidak lagi tersisi. Perempuan terlalu sarat
dengan falsafah syiah. Tentang cubaan untuk bertoleransi dengah sunni seperti umno ingin berbaik
dengan pas pada mata aku. Setidaknya itu yang berlegar dalam kotak fikir ini.
Kadang kala apabila terlalu sarat dengan maksud tersembunyi, falsafah itu akan
menyendiri. Tidak terkesan kerna malu mungkinya. Perempuan ini terlalu tawar,
tidak terasa dek tunas fikiran. Ia pedas dengan provokasi, berempahkan syiah
yang rasanya menghilangkan manis falsafah segar seperti manikan kalbu. Tidak
selemak ketupat cinta dahulu. Ya, manikin kalbu hanya sebuah cerita ringkas,
namun penuh dengan kemanisan falsafah. Ketupat cinta pula satira yang penuh
dengan lemak bahasa dan tercelup pula dengan sedikit kuah sejarah. Satu sajian
yang cukup berselera untuk santapan minda. Bahkan kerana manisnya epal pun bagi
aku teramat segar berbanding perempuan
ini...sebenarnya, aku seperti tidak larat,tak mampu untuk menghabiskan perempuan nan bercinta.
No comments:
Post a Comment