Sunday, October 12, 2014

dahan

membelek helaian sejarah silam, aku tersentak...tersentak dek perjalanan hidup dan ketentuan Tuhan. rupanya Dia memang bekerja dengan cara yang kita tak pernah tahu. mengapa aku disini dan kerana apa aku disini, mengapa tidak bersama mu dan alasanya cukup kukuh...setidaknya cukup kukuh bagi ku. kau punya segala, maksudku kau masih ada dahan untuk berpaut, masih rimbun pohon tempat kau berteduh. pokoknya masih segar, hijau. sedangkan ranting tempat dia sembunyi dari panas mentari, dari sejuk angin hujan sudah terlalui rapuh waktu itu. tidak berkudrat dan tidak mampu untuk ada bersamanya. lalu Allah pusingkan muka ku kearahnya, untuk aku tahan ranting itu dari terus patah. namun setiap yang hidup pasti akan mati dan kini aku menjadi dahan, untuk dia berteduh, untuk dia rasainya dinginya malam, untuk dia hidup hangat wap mentari. bukan tidak fikir soal diri mu, namun Allah bekerja dengan cara yang kita tak pernah tahu. harapku agar satu hari, kau bertemu dahan yang kukuh, untuk kau berpaut jika tidak aku sekalipun. aku berkorban segalanya, untuk insan yang tidak pernah aku duga, aku korbankan diri mu jua, itu tidak ku pinta. sekalung kemafaan tidak mampu membasuh luka. itu aku faham, dan maafkan aku kerna tidak berdaya walau berkeinginan.

No comments:

Post a Comment