Wednesday, February 11, 2015

sunburn

dilanda ombak setinggi 5 meter membuatkan segala isi perut ingin keluar. nasi berlauk ikan masin masak lemak yang dimakan pada jam 6 pagi seperti meminta izin untuk dimuntahkan. dan perjalanan 2 jam untuk ke unjang membuatkan aku rasa cukup letih. sesampai diunjang, aku labuhkan  tali pancing berumpankan udang hidup bagi menarik perhatian ebek. apolo juga aku acuh-acuhkan untuk memikat anak kerisi atau anak kembung bagi dibuat lauk dan umpan. seorang kawan telah tewas dek ayakkan lautan. tertidur dan tak larat untuk bangun. aku bersama teman-teman lain gagahkan berdiri dalam ombak yang mengila.  barangkali kami juga gila seperti kata tekong. setelah puas berapolo, aku labuhkan jig untuk menipu si ebek atau baracuda yang sembunyi dan memilih. rasanya seperti mahu tercabut bahu kerana berjiggin. tiba-tiba umpan hidup disentap, ditarik rakus..jauh. aku mula berlawan, perit dan penat. hampir 15 minit, aku serahkan rod kepada adik yang lebih besar. harapnya tenaga lebih sasa. setengah jam bertarung dan akhirnya ebek pertama tertewas. sedikit puas. dan tidak semena-mena rod abu garcia pula ditarik. ejo bertungkus lumus tapi malang, perambut 40 pound tak dapat menahan asakan lawan dan putus. setelah lama kami beralih dan menuju unjang buluh. aku berapolo lagi untuk ikan segar, pasti manis nanti. sedang enak berapolo, sekali lagi rod bersama udang direntap, terkinjal-kinjal aku cuba penahan dan kali ini aku pula tertewas. mungkin drag tertalu longgar dan hanya mampu melihat si putih berlalu pergi. jig masih ada. terus saja jig dilabuhkan dan seekor kekacang tidak besar tetapi agak kasar tertawan. kami pulang dengan 3 ebek,2 kekacang dan 1 talam serta sedikit kerisi dan kembung. makan nasi berkuah budu dan kirisi goreng berperisakan air laut sungguh menyelerakan. aku tidur sepuasnya walau dibawah terik mentari. dan hari ini, muka mengelupas setelah panas dan terbakar. laut, lawau penat dan hampir tewas, pasti aku akan buru mu lagi.

No comments:

Post a Comment