Wednesday, June 2, 2010

cabaran mula datang...

aku tidak tahu sama ada patut atau tidak aku menulis semua ini...tapi semua telah mula berbuku, membuatkan aku sakit. ketika aku mula hadir, aku tidak mengenali SYP2, tidak tahu akan selok beloknya, tapi aku cepat belajar, belajar untuk berjalan bersama. aku diam di asrama, agar tidak terlalu letih berulang alik. perjalanan sebih sejam memenatkan mata, otak dan semuanya. tidak bergaji, berduit apatah lagi...menumpang makan bersama pelajar...dan kerana aku ini melayu yang tahu adat sopan, aku berpegang kepada pepatah, orang berbudi, kita berbahasa. aku menolong tuan kantin kadang-kadang ketika dia kesempitan. dia melayan aku dengan amat baik, seperti adik sendiri. tapi ada mata yang memandang, ada mulut yang bercakap...tidak berpuas hati dengan apa yang aku dapat...dileparkan fitnah yang aku sendiri tidak buat. memang aku mengaku, statusnya...kerana statusnya, meraka membuat angkara. kerana ada yang berkenan tetapi tidak dilayannya...kerana keakraban aku dan mereka...ada yang mula berbicara...menabur fitnah kepada perempuan yang mulia...maafkan aku kakak...akan ku cuba jernihkan semua, walau aku sendiri terpaksa tanggung akibatnya...agar jalan mu tidak terus berliku...

No comments:

Post a Comment