Saturday, January 1, 2011

Bulan bersembunyi di Gunung

Hujan yang mencurah tidak berhenti turut sama merasa hiba dengan hati yang sentiasa dipenuhi sunyi. Walau sebanyak jutaan pasir di lautan kau membenci, cinta aku tetap utuh sebanyak bintang hingga ke langit ketujuh. Tiada maaf bagiku yang sentiasa meluka malah menyeksa hidup mu hingga penuh hiba. Tapi percayalah, aku cintakan mu sepenuh jiwa. Dan cinta itu tidak memerlukan alasan dan aku selalu mencintai mu tanpa ada sebarang alasan. Walau kau menganggap berdosa untuk aku mencintai mu, biaralah semua itu kerja Tuhan untuk menentukan hukuman.
Aku hanya mencintai seorang dalam hidup ku, aku pernah mencintai mu, aku sedang mencintai mu dan aku akan terus mencintai mu sepenuh jiwa ku tanpa menghiraukan sedikit pun benci mu terhadap ku. Kau akan selalu menjadi buah hati ku untuk sepanjang hayat yang ada selagi Izrail tidak diutuskan ALLAH untuk mencabut nyawa dan menceraikan roh yang menghuni jiwa ini.
Sedang jemari ralik menari-nari, roh ini sebenarnya telah lama memberontak untuk keluar dan hanya ingin ketawa sambil mengelilinggin jiwa yang telah runtuh, meninggalkan raga yang tidak lagi utuh. Namun kerana tidak mahu derhaka kepada Tuhan, roh masih lagi berada di dalam walau ia tidak lagi tenteram. Jiwa hanya berlagu rawan dan raga tidak daya untuk terus berjuang seada sudah putus harapan. Sudah tiada asanya lagi.
Terlalu banyak untuk dibicara tapi aku kehilangan kata-kata, hanya mampu berdoa agar kau bahagia walau teramat sakit untuk aku menerima. Tamparan demi tamparan aku tempuhi namun tidak satu pun yang sesakit kehilangan cinta mu, tiada bandingan untuk itu, mungkin kekuatan Izrail sahaja yang mampu menandingingi saat dia mencabut nyawa ini.
Bukan tidak bersyukur dengan apa yang dipunya tapi hati ini telah mati untuk berusaha mengganti cinta yang telah mati. Terlalu sukar bersembunyi saat langgit mendung dan awan tidak lagi menari. Takkala bintang tidak lagi memancari, sementara angin berlagu sunyi dan apabila bulan bersembunyi di sini. Bulan bersembunyi di Gunung ini.

No comments:

Post a Comment