Tuesday, April 5, 2011

makhluk bertopengkan manusia

Entah makhluk apa yang merasuk seorang guru di utara tanah air sehingga sanggup memukul muridnya yang berusia 7 tahun sehingga meragut nyawa si murid. Katanya murid itu mencuri duit rakan sekelas lalu si guru cuba menengakkan keadilan dan memukul muridnya dengan sadis. Tangan diikat lalu dipukul. Apabila murid berjaya meloloskan diri daripada ikatan, maka digongcang-goncang dan dihempas murid itu sehingga menyebabkan pendarahan dalaman terhadap si murid. Dengar si manira bercerita bahawa sekolah agama. Takkanlah sekolah agama tidak tahu hukum hudud? Berbalik kepada persoalan pokok, sewajibnya perkara sebegini tidak boleh berulang. Ibu bapa menyerahkan anak mereka untuk dididik, bukan dibunuh! Walaupun dunia sekarang ini pelajar dianggap sebagai client dan tugas guru adalah pegawai pendidikan, itu tidak member kita tiket untuk mengajar sambil lewa dan bukan pula tiket untuk menghukum pelajar dengan tiada sifat kemanusiaan. Andai murid itu bersalah sekalipun, kita tiada hak untuk menghukum sedemikian rupa. Anak kucing lagi dibelai dan dimanja, inikan pula manusia yang merupakan ciptaan ALLAH yang amat sempurna.

No comments:

Post a Comment