Saturday, January 5, 2013

tiada nama

tiada ucapan tahun baru lagi?
kerana aku bukan penghitung masihi.
hari tetap datang dan pergi.
tahun pasti silih berganti.

semua itu angka,
tapi bukan tidak membawa sebarang makna,
cuma aku, hanya aku tidak berminat untuk mencerna,
menelan sebelum menguyah tahun-tahun yang hiba.

lebih kepada diri,
yang seakan sedikit tak bererti,
lemak-lemak telah tersesak
dan tulang seperti sakit tak terperi.

No comments:

Post a Comment