Sunday, September 22, 2013

tanpa sesiapa

kadang jari memetik key tanpa rasa, tanpa arah selalunya. hanya idea bercambah seiring apa yang ingin terluah. tanpa erti dan tanpa tujuan khusus kepada sesiapa. imaginasi sepenuhnya. dan imaginasi itu tidak perlu kepada pengalaman atau rasa atau tujuan. hanya imaginasi, luahan rasa tanpa rasa. tanpa syarat, hanya bicara. tidak perlu kita terperiuk dan terperuk, tengelam dan selepas itu gundah. menulis hanya menulis, hanya untuk nilai dan kepuasan hati, ya, kadang terbit dari hati, tapi kadang hanya luahan yang direka tanpa untuk sesiapa.

No comments:

Post a Comment