Sunday, October 20, 2013

ohh..no, i can't

satu bahagian zink di atas bumbung tercabut dan melekat dek angin yang tak lagi sepoi-sepoi 2 minggu lepas. berkeriuk bunyinya bila kepingan zink bergerak. aku merenung, berfikir, cara bagaimana untuk aku baiki. angkat tangga, naik tingkat atas, aku panjat, buka siling, hmm..tak nampak cahaya masuk, tak ada bocor. aku turun, tak berani lagi. semalam, seorang tukang tua datang setelah aku telefon paginya. bawa bersama tukul sahaja. dia dongak, dia panjat...tak boleh ni, kena panjat bumbung jugak ni. dia angkat tangga tadi dan bawak turun. panjat bunbung di tingkat atas. sayup-sayup aku tengok..oh, i can't do that. dia betol-betol kat bumbung dan aku dengar ketukan paku yang dia minta dari aku. setelah selesai, perlahan dia turun dan minta aku pegangkan tangga. aku tawarkan kopi dan kueh. dia hirup perlahan-lahan dan aku tanya, berapa upahnya. tak perlulah, sikit saja tu, nanti bagi lain kali. kemudian aku berkeras juga, berapa? dan terkeluar dari mulutnya, sepuluh ringgit...aku terkedu, panjat bumbung rumah dua tingkat...aku ambil duit di dalam poket dan terus hulur kepada tukang tua, dia terkejut dan tak mahu terima...aku berkeras, lain kali kalau saya panggil, pakcik datang lagi. masakan panjat setinggi itu mahu bayaran 10 ringgit. itu hidup atau mati, itu bertarung dengan nyawa dan aku mengaku, aku tak mampu!

No comments:

Post a Comment