Sunday, October 20, 2013

ohh..no, i can't

satu bahagian zink di atas bumbung tercabut dan melekat dek angin yang tak lagi sepoi-sepoi 2 minggu lepas. berkeriuk bunyinya bila kepingan zink bergerak. aku merenung, berfikir, cara bagaimana untuk aku baiki. angkat tangga, naik tingkat atas, aku panjat, buka siling, hmm..tak nampak cahaya masuk, tak ada bocor. aku turun, tak berani lagi. semalam, seorang tukang tua datang setelah aku telefon paginya. bawa bersama tukul sahaja. dia dongak, dia panjat...tak boleh ni, kena panjat bumbung jugak ni. dia angkat tangga tadi dan bawak turun. panjat bunbung di tingkat atas. sayup-sayup aku tengok..oh, i can't do that. dia betol-betol kat bumbung dan aku dengar ketukan paku yang dia minta dari aku. setelah selesai, perlahan dia turun dan minta aku pegangkan tangga. aku tawarkan kopi dan kueh. dia hirup perlahan-lahan dan aku tanya, berapa upahnya. tak perlulah, sikit saja tu, nanti bagi lain kali. kemudian aku berkeras juga, berapa? dan terkeluar dari mulutnya, sepuluh ringgit...aku terkedu, panjat bumbung rumah dua tingkat...aku ambil duit di dalam poket dan terus hulur kepada tukang tua, dia terkejut dan tak mahu terima...aku berkeras, lain kali kalau saya panggil, pakcik datang lagi. masakan panjat setinggi itu mahu bayaran 10 ringgit. itu hidup atau mati, itu bertarung dengan nyawa dan aku mengaku, aku tak mampu!

Tuesday, October 8, 2013

melancholia

ingin bercerita namun hilang kata-kata. buat pertama kalinya aku tak mampu berbicara. ibarat terdampar tidak bergerak. cuba merangkak namun tersekat. ingin luahkan namun halkum bersembunyi, tercekik dan mengecil. jari-jari merengok lemah.kepala bagai berpusing dan hilang arah. oksigen tak mampu memberi nafas kepada otak dan terus membeku dan membiru. mati dalam diam dan perlahan...sakit namun terpaksa rasa setiap detik.

Wednesday, October 2, 2013

salah anggap

seringkali bila aku menulis, tidak semestinya aku tujukan kepada sesiapa. hanya satu luahan rasa yang sengaja direka untuk satu kepuasan estetik yang aku reka sendiri. namun, mengapa ia mengundang resah dan rasa kepada sesetengah orang dan merasa akan aku menulis kerna dia? sedangkan aku tidak ada perasaan apa-apa...sedih, suka, duka dan luka mahupun cinta. benar, aku menulis bila terbitnya rasa...rasa ingin menulis dan sedikit rasa yang sengaja aku cipta...bukan soal kamu, dia, atau sesiapa. hanya aku dan diri aku. aku penulisnya, dan aku juga personanya kerna tiada kamu, tiada juga dia dan tiada sesiapa. aku penulis di atas layar aku sendiri, aku juga pengarahnya dan aku pelakonya. jadi, padamkan rasa itu, hilangkan dan biarkan aku bebas untuk menulis tentang AKU...