Monday, August 11, 2014

berbaloikah?

setiap keringat, setiap hela nafas, setiap saat yang terlepas, berbaloikah?
setiap impian yang aku kuburkan, setiap cita yang aku pendam dan setiap kedudukan yang aku tolak, berbaloikah? berbaloikan hanya pada sebuah janji dan wasiat yang disemat pada hati ini dan terikat dek jasad dan tertanggung oleh roh...berbaloikah? hanya pada satu pesanan "jangan ditinggal rumah ini dan jagalah isinya, jangan sesekali kamu tinggalkan dan telah aku wasiatkan kepada kamu untuk pikul tanggungjawab itu"....ya, hanya pada pesanan itu aku terikat dan hanya pada itu. telah aku korbankan semuanya, telah aku hancurka impian dan hidup sendiri serta insan lain, hanya kerana itu...berbaloikah semua itu?...yang pasti, akan ku pikul setiap kata-kata itu, walau diletak matahari di kiriku dan bulan di kananku, agar aku lepaskan tanggungjawab itu, maka nescaya tidak akan ku lepaskan kerana aku telah berjanji, itu yang pasti. berbaloi atau tidak, tidak pernah aku hiraukan kerana aku bukan aku kalau tidak kerana arwah yang beruban putih itu, kalau bukan kerana dia...biar Tuhan saja tentukan, biar Dia saja ganjarkan, biar aku lepaskan setiap peluang, biar saja kedudukan itu terisis dek yang lain, biar saja agar aku sentiasa patuh pada wasiat dan pesanan kerana ALLAH bekerja dengan cara yang kita tak pernah tahu.

No comments:

Post a Comment