Thursday, April 29, 2010

pagi yang tidak tenang

apabila aku masuk je ke pagar sekolah, student sudah sengih2 kat depan tu. aku terus ke office, sahkan kedatangan. semalam dah kne sound kat pengetua. tersalah tengok jadual dan aku tak masuk kelas. pening...pening....
aku ke tapak perhimpunan selepas membereskan hal-hal kat office. pagi ni ada zikir...ah, guru pengawas yang dibebankan kat bahu aku...terpaksa aku hadirkan diri ke tapak perhimpunan. aku perhatikan budak2 nakal yang kat belakang...senyap. aku duduk di bangku. zikir bermula dan aku turut berzikir.
tiba2 aku mual...perut aku bergelodak...terasa sakit, pedih...argh...perut aku nak pecah agaknya. aku tahab tapi tak mampu lagi. aku ke tandas, pastu ke kantin. minum sket...patutla perut aku sakit, takde ape2 lagi masuk ke perut aku pagi ni.
aku order teh panas. selalunya aku tak minum susu pagi2 camni. tapi ari ni terpaksa. ops, pengetua kat kantin, dia sengih,aku pun turut sengih...aku habiskan teh sambil perhatikan mereka gelak2. aku sengih...aku belah...ada kelas nanti...
tugas...tanggungjawab...amanah...aku akan disoal nanti.
dan kepada mereka yang lain...tolong...biarkan aku hidup sendiri...
untuk ku hidup ku...dan untuk mu hidup mu...fahamilah...\jangan kau cari aku...

No comments:

Post a Comment