Tuesday, May 4, 2010

rasa yang masih tinggal

bibir yang cedara masih terasa sakit. aku telan liur perlahan-lahan. entah keberapa kali aku tergigit bibir waktu makan. seakan ada sesuatu yang tidak kena. bengkak...sakit.
pernah sekali aku tiba2 menampar pipi setelah tergigik bibir. tindakan refleks...sakit aku yang tanggung. ah, biarkan. aku mengecap darah. terasa pedih.setakat bibir yang berdarah, tiada beza. aku pernah rasa sakit yang maha daripada itu.
keletihan mencucuk urat darah. memakan otot fikiran. leher terasa ingin patah. kepala aku berat. sudah bertan-tan ubat yang aku telah. masih sama. batuk pula tiba2 menjadi kembali. anak tekat menjerit pedih. berbotol-botol ubat batuk aku teguk. tak berubah...
kekadang teresa ingin menyerah...biar aku kalah. tapi otak tidak mengizinkan...berjuang!berjuang!berjuang!...ah,mereka tidak rasa apa yang aku rasa...

No comments:

Post a Comment