Monday, June 18, 2012

fishing gear


Aku mula berjinak dengan bidang memancing sejak bergigi susu lagi. Bermula dengan mengikut arwah ibu memancing ikan puyu di bendang dan tali air, sehinggalah ke pemecah ombak bersama teman. Malah rezeki aku ketika bulan puasa waktu kecil dulu adalah melalui memancing. Aku akan turun ke tali air selepas asar untuk memancing anak-anak puyu yang akan aku jual serendah 10sen seekor. Berbekalkan hasil jualan puyu, dapatlah aku menjamu kerang rebus selepas terawih yang dijual oleh mak sepupu di hadapan rumah.
Dulu berbekalkan batang buluh, aku memancing bersama ibu. Buluh perlu dipilih dan ditebang dengan teliti, ada pantang larang yang perlu dipatuhi. Dan setelah dewasa, aku bertemankan dengan xpuyu limited edition bersama tomman 2000 sebagai fishing gear yang terawal aku beli. Itupun setelah aku berpendapatan sendiri. Dulu sewaktu di university, aku selalu merembat batang pancing epek atau besar untuk turun bersama abe. Dan abe sendiri takut bila memancing bersama aku, kerana hanya aku seorang yang boleh menewaskan dan meleburkan rekod yang selalu dipegang oleh abe.
Sekarang aku ke kenyir bersama matnor, ke laut bersama duan, ke sungai bersama azly. Masih ada teman-teman memancing yang satu kepala. Aku sudah memiliki tomman 6000, benax 5000, bersama figo dan masih memburu penn, abu garsia dan ajiking. Aku memburu toman, tapah, baung di kenyir, dan aku pasti selepas ini kelah menanti. Aku menjinakkan ebek, kerapu, kekacang, merah, kerisi, sotong dan banyak lagi. Udang galah juga sentiasa ada bersama maggi bilamana aku turun ke sungai atau muara untuk memburu si sepit biru. Itupun andai tidak dikaxau oleh si tilam yang sentiasa lahap atau tuba manusia yang durjana.

No comments:

Post a Comment