Sent: abg watpe?
Rep: drive ni
Sent: nak gi mane?
Aku tak terus membalas kerana aku memandu dan sudah
menghampiri destinasi, niat hanya satu. Untuk membeli kad raya. Ya, kad raya,
aku tidak pernah memberi kad raya dan tahun ini aku ingin menjadi sedikit
romantic, bertukar daripada seorang yang hopeless romantic kepada seorang yang
romantic. Setidak-tidaknya itu yang ada dalam otak ku ketika itu. Aku juga
ingin mengepos kad itu, walau aku boleh menghantar sendiri kad itu ke tempat kerjanya
di Terengganu ketika itu. Sampai di rumah ketika dia balik bercuti untuk hari
raya lebih bermakna aku rasa. Pasti dia akan merindui aku dan akan cepat-cepat
mahu bertemu nanti. Aku pasti kerana
akau amat kenal dia. Semasa beratur untuk membayar kad itu, baru aku teringat
yang akau masih belum membalas sms yang diterima tadi.
Rep: beli barang kat pasaraya.
Sent: abg salah hantar sms ke?
Rep: salah ape plak? Tadi tnya nk gi mane.
Dan, dengan sms itu, maka terjadilah satu perselisihan faham
yang membawa kepada air mata dan darah di hati ini sehingga ke hari ini. Dengan
sms itu juga runtuhnya sebuah ikatan yang terbina sekian lama dan padamnya
semua janji-janji yang semuanya hanyut dibawa oleh ombak Terengganu.
Sudah hampir empat tahun semua berlaku dan aku masih belum
mengerti, kenapa semua ini terjadi? Sedangkan aku hampir, amat hampir kepada
realisasi dan mengota semua janji. Aku cuba selam dan aku rasa sebenarnya dia
sudah mengetahui akan apa yang terjadi, mungkin berlaku perjanjian hakiki
antara ibu dan anak, antara ayah dan puteri, maka dia berdiam diri dan mencari
salah agar tidak berasa bersalah. Dan akhirnya dia mencari sebab untuk membenci
aku sehingga ke saat ini tapi sedikit pun dihati ini tiada benci kerana cinta
yang dulu itu cinta sejati...cinta ben kepada tun Fatimah.
No comments:
Post a Comment