Friday, June 15, 2012

mawar dan duri

petang itu aku bersihkan pokok-pokok mawar di tepi rumah. ada yang merah, ada yang pink. bau mereka cukup berbeza dan ia seakan mengamit secubit kenangan sewaktu remaja dahulu. ya, waktu remaja yang mana sekuntum mawar merah atau pink pasti tersenyum dibawah meja menjelang senja menghadiahkan harum semerbak. malamnya pasti ditemani wangi mawar yang kadang-kadang mengamit cemburu teman. aku tersenyum, bangga semestinya...aku punya mawar yang menghadiahkan mawar wangisetiap hari bagi menambahkan manis dan wangi jiwa remaja ini. tapi sekarang baru aku teringat, mawar semunya berduri. aku juga tersusuk duri tadi lantas kerana itu jari-jari ini terus menari dipapan keyboard ini. walau untuk membuang dan mencuci pokok mawar tadi, masih lagi tersusuk duri, walau bukan untuk memetik apatah lagi untuk mencium namun masih terkena tusukan bisa mawar yang memberi seakan sakit denyutan di puncak nadi. sememangnya mawar akan sentiasa berduri...aku pasti!

No comments:

Post a Comment