Antara ingin dan tak mampu, aku tersepit dan aku jadi
pengecut. ya, aku pengecut kerana aku cinta kamu tetapi aku tak mampu untuk
memiliki kamu serta untuk meninggalkan dosa semalam. Aku dibakar rasa rindu
namun lemas dalam rasa takut. Terlalu rindu sehingga kadang-kadang mengalir air
mata tampa diduga. Lemas dalam rasa takut apabila sering terbayang kita hidup
bersama namun tidak bahagia. Alasanya hanya noda hitam yang tercalit pada diri
pasti menjadi ungkitan apabila berselisih faham. Nah, itu sebenarnya. Maafkan diri ini kerana menjadi begitu
pengecut. Kau putih ibarat kapas, tak sanggup untuk aku kotorkan dengan dengan
tangan yang tercalit hitam. Kau mulia sedangkan aku hina. Walau sebesar mana
impian, walau sekuat mana keinginan, namun ia tak mampu melupuskan rasa takut
yang aku alami. Tidak mampu melenyapkan rasa bersalah serta bayangan yang kita
pasti akan berbalah dan hal ini pati akan diendah, diungkit dan berbangkit. Maafkan
aku kerana aku ingin tetapi aku tidak mampu...
No comments:
Post a Comment