Andai tersalah dalam pertuturan, andai terkhilaf dalam
perbuatan,jika benar itu aku lakukan, maafkanlah kerna aku tidak sempurna.
Melukai dalam tidak sedar, meghiris hati dalam aku meyendiri, sebenarnya banyak
yang ingin aku bicarakan. Terbentang yang ingin aku luahkan namun aku risau,
aku takot, nanti aku lagi banyak melukai daripada mengubati. Diri sendiri masih
tidak terjaga dan penuh noda serta dosa, aku tak mampu untuk terus berbicara
tentang kita. Mungkin juga untuk menjelaskan apa yang berlaku dan menafikan
andai ada tuduhan palsu yang sampai ke telinga mu yang mana kamu tidak
menyaksikan sendiri perkara itu.ah, terlalu sukar untuk dijelaskan dan
dipertuturkan. Sebenarnya aku tersepit, diantara tanggungjawab dan kehendak,
diantara mencintai dan memiliki atau dimiliki. Kehendak dan tanggungjawab
berada dalam ruang yang sama, saling menolak dan tidak serasi. Namun sedikit
kata hati membenarkan bahawa tanggungjawab itu perlu diperhalusi. Kehendak itu seakan nafsu
kata hati...perlu dikorbankan untuk insan lain yang lebih memerlukan walau kita
sendiri terkorban. Lagipun kita ini milik Tuhan yang Esa. Kita hanya pelakon
dan nyawa ini, roh ini dan tubuh ini hanya pinjaman.maka berbaktilah kepada
mereka...mereka yang meminta dan amat memerlukan. Bukan kamu tidak memerlukan
tapi insan lain lagi kesuntukkan. Selalu aku bicarakan mencintai tidak
bermaksud memiliki, dan itu sememangnya aku maksudkan kerana aku tahu bagaimana
rasa pahit mencintai itu, bagaimana rasa pedih tidak dapat memiliki kamu. Aku
selalu memujuk diri...Allah bekerja dengan cara yang tidak pernah kita
tahu.noktah. sehingga saat ini sebenarnya, kehilangan dan keterpaksaan aku
lepaskan kamu amat perit untuk aku telan. Tidak terdaya dan tidak tertanggung
rasa jasad dan kalbu namun perlu aku gagahkan walau aku terkulai di dalam. Ya,
sebetulnya aku tidak mampu, setiap senyuman dan gelak tawa yang aku lemparkan
dihiasi oleh titisan air mata yang amat mahal tika malam. Seandainya kamu
mengerti dan mengetahui. Dengarkanlah, aku mencintaimu sepenuh hati namun untuk
aku memiliki mu itu sesuatu yang amat jauh, seperti mengapai bintang di langit,
kerna cinta ini tidak layak untuk kamu, cinta ini penuh noda dan dosa silam
yang tidak mungkin dapat aku hapus, dapat aku tebus kerna kau lebih layak
mendapat yang lebih baik dari itu. Lebih baik dari aku sebetulnya dan
sejujurnya. Agar kamu bertemu bahagia, aku sanggup telan setiap derita. Aku
lepaskan rasa hati, aku lepaskan kau pergi, aku lepaskan semua, aku lepaskan
agar kau bahagia.
No comments:
Post a Comment